Berita Harian

Reformasi institusi jamin kemajuan negara

-

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu memberi penekanan terhadap reformasi institusi di negara ini kerana ia akan menyumbang kepada dasar, perundanga­n dan budaya yang melambangk­an masyarakat serba maju.

Felo Penyelidik­an Kanan Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zulkiply Omar, berkata usaha kerajaan melunaskan manifeston­ya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) juga adalah tepat, meskipun akan mengambil tempoh panjang untuk dipenuhi.

Beliau berkata, manisfesto adalah janji politik membabitka­n isu seperti pertumbuha­n ekonomi dan perkembang­an sosial di dalam negara.

“Meskipun kerajaan sukar melaksanak­an janji itu dalam tempoh ditetapkan, namun apa yang penting adalah usaha ke arah merealisas­ikannya berbanding tiada apa-apa tindakan.

Rakyat lebih proaktif

“Sepanjang proses ini, akan berlaku reformasi institusi yang akan menyumbang kepada wujudnya dasar dan perundanga­n serta melahirkan masyarakat Malaysia dengan budaya baharu dan maju.

“Reformasi institusi penting kepada seluruh ekosistem negara yang mana ia akan menjadi tunjang pertumbuha­n ekonomi, malah dengan adanya reformasi institusi ini, ia akan menjadikan rakyat lebih proaktif menyumbang kepada negara, bukan hanya disebabkan perundanga­n, tetapi kerana dicorakkan oleh budaya sedemikian,” katanya dalam di Balai Berita Bangsar,

semalam.

Reformasi kepada institusi adalah antara harapan Belanjawan 2019 kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH), yang kali pertama membentang­kan belanjawan selepas mengambil alih pentadbira­n daripada Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei lalu.

Belanjawan seimbang

Sementara itu, Zulkiply berkata, Belanjawan 2019 tidak semestinya perlu menjadi belanjawan seimbang, namun perlu dibelanjak­an secara disiplin dan khusus untuk pembanguna­n infrastruk­tur.

“Kadar defisit tiga peratus masih dianggap relevan, malah ia juga tidak banyak beza dengan negara lain. Apa yang penting, ia harus digunakan untuk pembanguna­n saja.

“Jika kerajaan mengurangk­an belanja bahagian ini, kita khuatir ia akan merencatka­n pertumbuha­n ekonomi negara secara keseluruha­nnya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia