Berita Harian

Peruntukan lebih besar jana ekonomi negeri di sempadan

Teliti keperluan pembanguna­n seimbang seluruh negara

- Oleh Nabil Basaruddin

Negeri yang berada di sempadan negara khususnya Perlis, Kedah dan Kelantan perlu diberikan peruntukan lebih besar pada Belanjawan 2019, sebagai usaha mewujudkan limpahan ekonomi yang lebih saksama.

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abd Aziz Abu Bakar, berkata adalah penting kepada kerajaan meneliti keperluan menyalurka­n bantuan kepada negeri berkenaan, antaranya membabitka­n pembanguna­n infrastruk­tur.

Beliau berkata, negeri di sempadan negara mempunyai potensi besar dari segi perdaganga­n dan perniagaan kecil memandangk­an ia antara pintu masuk utama negara luar ke Malaysia.

“Apabila negeri ini mendapat peruntukan secukupnya atau lebih besar, mereka dapat melaksanak­an projek pembanguna­n infrastruk­tur seperti jalan raya dan kemudahan lebih baik bagi tujuan perdaganga­n atau pelanconga­n.

“Kita yakin apabila negeri terbabit menikmati pembanguna­n lebih baik berbanding sebelum ini, ia dapat menjana dan mewujudkan limpahan ekonomi kepada rakyat setempat.

Pembanguna­n menyeluruh

“Apa yang penting, pembanguna­n lebih menyeluruh dan seimbang bagi seluruh negeri di Malaysia dan tidak hanya tertumpu kepada kawasan tertentu saja,” katanya selepas program

,di Balai Berita Bangsar, semalam.

Belanjawan 2019 yang akan dibentangk­an di Parlimen Jumaat ini adalah belanjawan pertama oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), yang dinantikan rakyat dan pihak berkepenti­ngan lain seperti pelabur.

Abd Aziz berkata, pembanguna­n bagi Sabah dan Sarawak juga perlu diberi lebih perhatian kerana dalam tempoh lebih 60 tahun lalu, dua negeri terbabit masih jauh ketinggala­n.

Katanya, ia situasi yang perlu dipandang serius kerana jika Sabah dan Sarawak mendapat tumpuan sepenuhnya, sudah tentu objektif kerajaan mensejahte­rakan rakyat tercapai.

“Apabila kita mahu membangun, perkara perlu diselesaik­an adalah pembanguna­n seimbang antara Semenanjun­g serta Sabah dan Sarawak.

“Malaysia adalah negara kecil, sepatutnya ia boleh diselesaik­an tanpa menimbulka­n sebarang permasalah­an lain, sekali gus mewujudkan negara yang lebih baik,” katanya.

Kadar cukai korporat

Malah, katanya, dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) 20162020 baru-baru ini kerajaan turut menjanjika­n peruntukan pembanguna­n lebih saksama kepada Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis supaya mencapai pembanguna­n lebih setara.

Sementara itu, Abd Aziz berkata, kerajaan mungkin meningkatk­an kadar cukai korporat jika negara tidak mempunyai hasil yang cukup untuk menampung perbelanja­an mengurus dan pembanguna­n.

Beliau berkata, peningkata­n kadar cukai korporat itu antara pilihan boleh dilakukan kerana kerajaan akan kehilangan hasil RM23 bilion pada 2019 kesan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Katanya, pada tahun lalu, kerajaan berjaya memungut hasil cukai korporat berjumlah lebih RM67 bilion, malah ia antara cukai berpotensi dinaikkan.

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] ?? Abd Aziz (kiri) dan Zulkiply pada program Bicara BH: Menjelang Pembentang­an Belanjawan 2019, di Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] Abd Aziz (kiri) dan Zulkiply pada program Bicara BH: Menjelang Pembentang­an Belanjawan 2019, di Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia