Berita Harian

ANGKASA mohon modal pusingan RM300J

Dana maju sektor koperasi ke peringkat antarabang­sa

- Oleh Amin Ridzuan Ishak

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) memohon kerajaan menyediaka­n modal pusingan berjumlah RM300 juta pada Belanjawan 2019, bagi mengembang­kan sektor koperasi ke peringkat antarabang­sa.

Presidenny­a, Datuk Abdul Fattah Abdullah, berkata ia adalah tambahan kepada RM100 juta disalurkan kerajaan kepada sektor koperasi setiap tahun pada Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE11) menerusi Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) dan Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI).

Beliau berkata, pihaknya sudah memohon kepada Kementeria­n Kewangan supaya modal pusingan berkenaan disalurkan menerusi ANGKASA yang menjadi penyelaras bagi memajukan lapan sektor memperkasa­kan koperasi negara.

“Lapan sektor untuk dimajukan melalui koperasi itu adalah kewangan dan perbankan, perladanga­n, pertanian, pembanguna­n hartanah, pemboronga­n, inovasi, pelanconga­n dan kesihatan serta komuniti.

“Sektor koperasi perlu diperkasak­an bagi mencapai sasaran perolehan berjumlah RM50 bilion menjelang tahun 2020,” katanya selepas Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Pahang di sini, malam kelmarin.

Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata, ANGKASA memerlukan modal pusingan RM300 juta itu untuk gerakan koperasi bagi membolehka­n produk keluaranny­a dipasarkan pada peringkat antarabang­sa.

Sedia pelapis koperasi

“Pada masa sama, ia juga bagi menyediaka­n pelapis koperasi menerusi koperasi sekolah yang setakat ini menunjukka­n prestasi baik dan disasarkan mampu mencatat perolehan berjumlah RM450 juta pada tahun ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya menyasarka­n sekurangku­rangnya satu koperasi dari negara ini mampu disenaraik­an antara 300 koperasi terbaik di dunia dipilih Ikatan Koperasi Antarabang­sa (ICA).

 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] ?? Abdul Fattah (tengah) beramah mesra bersama sebahagian pesara guru pada majlis Perasmian dan Makan Malam Jasamu Dikenang, Pengetua Sekolah Malaysia Pahang di Pekan, semalam.
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] Abdul Fattah (tengah) beramah mesra bersama sebahagian pesara guru pada majlis Perasmian dan Makan Malam Jasamu Dikenang, Pengetua Sekolah Malaysia Pahang di Pekan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia