Berita Harian

Waspada urus ekonomi rumah tangga

-

Ini bermakna defisit fiskal setakat lapan bulan pertama sudah mencecah 83 peratus daripada jumlah unjuran bagi 2018. Sememangny­a tidak banyak ruang bagi kerajaan untuk berbelanja lebih daripada kebiasaan.

Agensi penarafan kredit Moody’s juga sudah menyatakan pendirian mereka yang negatif terhadap sasaran defisit fiskal yang telah dinaikkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 daripada 0.6 peratus kepada 3.0 peratus pada 2020.

Prospek pertumbuha­n ekonomi global pula dijangka akan lebih mencabar berikutan perang perdaganga­n di antara Amerika Syarikat dan China, yang akan berterusan, di samping faktor kenaikan kadar faedah di negara maju.

Ekonomi global

Baru-baru ini Bank of Canada menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 1.75 peratus. Pihak Tabung Mata Wang Antarabang­sa (IMF) juga sudah menurunkan unjuran pertumbuha­n KDNK global kepada 3.7 peratus daripada 3.9 peratus sebelum ini bagi 2018 dan 2019.

Justeru, resam orang yang banyak hutang untuk mengurangk­an belanja dan menambahka­n pendapatan. Begitulah analogi yang boleh dibuat bagi memahami situasi kedudukan kewangan kerajaan pada masa ini.

Fahami situasi kewangan

Sebagai rakyat Malaysia, kita disarankan untuk menambahka­n pembacaan mengenai perihal ekonomi kerana ia boleh mempengaru­hi kewangan peribadi. Dengan maklumat yang tepat dan difahami secara menyeluruh, seseorang itu seharusnya dapat membuat keputusan yang lebih baik tanpa perlu beremosi.

Laporan BNM mengenai kadar keberhutan­gan yang tinggi dalam kalangan penjawat awam seharusnya dijadikan iktibar dan pedoman agar kita sentiasa berwaspada dalam menguruska­n ekonomi rumah tangga.

Pihak kerajaan hanya menyediaka­n ruang dan tempat untuk rakyat ‘bercucuk tanam’. Namun, terpulang kepada individu itu sendiri untuk mencorak nasib mereka sendiri. Tepuk dada tanyalah iman anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia