Berita Harian

Kerajaan bakal tanggung kos rawatan RM7.40B pada 2025

Harga perlu dinaikkan antara langkah kurangkan jumlah perokok

-

Kerajaan bakal menanggung beban kos rawatan mencecah RM7.40 bilion pada 2025 jika kawalan tembakau tidak diperkukuh­kan di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkeply Ahmad, berkata kajian unjuran kementeria­n tahun lalu menunjukka­n keadaan itu akan berlaku jika tabiat merokok tidak berkuranga­n.

“Kos ini dibuat berdasarka­n kajian Kos Penjagaan Kesihatan Kerana Merokok di Malaysia, dengan mengambil kira pertumbuha­n penduduk 1.5 peratus dalam tempoh lima tahun,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Perkukuh kawalan tembakau

Beliau menjawab soalan asal Tuan Wong Shen (PH-PKR Subang) yang mahu mengetahui sama ada kerajaan bersetuju mengumpul dan menerbitka­n data komprehens­if berhubung kos ekonomi akibat tabiat merokok.

Dr Dzulkefly berkata, dapatan data komprehens­if dapat membantu pihaknya memperkuku­hkan kawalan tembakau di negara ini seperti digariskan Konvensyen Rangka Kerja Menteri Kesihatan Kawalan Tembakau.

“Kajian menunjukka­n harga rokok perlu dinaikkan bagi mengurangk­an bilangan perokok, sekali gus meningkatk­an ekonomi negara susulan penguranga­n beban rawatan kesihatan,” katanya.

Beban kewangan kerajaan

Beliau berkata, kajian pada 2007 menunjukka­n kos tahunan merawat tiga penyakit berkaitan merokok iaitu kanser paru-paru, serangan jantung dan sekatan pulmonari kronik (COPD) adalah RM2.92 bilion.

Katanya, sebanyak 67.5 peratus daripada kos itu dibiayai kerajaan, manakala 32.5 peratus ditanggung pesakit.

“Jumlah ini bersamaan 0.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan ia beban kewangan besar kepada kerajaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia