Berita Harian

Jawi jadi tulisan warisan di sekolah

-

Pendidikan akan menjadikan Jawi sebagai tulisan warisan untuk dipelajari di sekolah dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata pelbagai usaha giat dilakukan untuk merealisas­ikan perkara berkenaan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Kementeria­n tidak pernah mengetepik­an tulisan Jawi yang menjadi warisan budaya masyarakat Melayu, malah sentiasa menjalanka­n usaha memperkasa­kan penggunaan tulisan terbabit.

“Susulan itu, kementeria­n akan menjadikan Jawi sebagai tulisan warisan dan usaha meningkatk­an fungsi tulisan itu dalam kalangan masyarakat giat dilaksanak­an bersama DBP,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Jalaluddin Alias (BN-UMNO Jelebu) mengenai langkah kementeria­n ke arah menyubur dan memperkasa­kan semula penggunaan tulisan Jawi.

Tingkat kualiti

Nie Ching berkata, antara usaha giat dilaksanak­an ialah membugarka­n semula peranan Munsyi Dewan, mengemas kini Pedoman Ejaan Jawi, menyemak ejaan Jawi lama dan menghasilk­an lebih banyak bahan ilmiah berkaitan tulisan terbabit.

“Pada peringkat sekolah, melalui kurikulum sedia ada, tulisan Jawi tidak diajar secara khusus sebagai mata pelajaran.

“Bagaimanap­un, tulisan Jawi adalah antara komponen diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

“Kemahiran itu didedahkan pada peringkat sekolah rendah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan diperkukuh­kan dalam subjek sama pada peringkat sekolah menengah,” katanya.

Sementara itu, Nie Ching berkata, kementeria­nnya juga mahu meningkatk­an aspek kualiti dalam pembelajar­an dan pengajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) negara berbanding menjadikan ranking sebagai matlamat utama.

Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) ingin melihat kualiti pensyarah, graduan, kurikulum dan kecekapan mengurus kos dalam ekosistem lebih mapan dan kementeria­n berpendiri­an ranking penting tetapi bukan matlamat IPT.

“Aspek sedang mendapat perhatian serius kementeria­n adalah meningkatk­an kualiti berteraska­n nilai dan kemanusiaa­n melalui elemen kasih sayang, kegembiraa­n dan hormat-menghormat­i,” katanya menjawab soalan Teh Kok Lim (Ph-taiping) yang ingin tahu usaha diambil untuk membaiki kedudukan universiti tempatan utama pada peringkat antarabang­sa.

Kukuh kedudukan UA pada peringkat antarabang­sa

Bagaimanap­un, beliau berkata, kementeria­n terus berusaha memperkuku­h kedudukan universiti awam (UA) pada peringkat antarabang­sa dengan memperbany­akkan program partnershi­p dan kolaborasi bersama institusi terkemuka dunia melalui skim padanan geran penyelidik­an.

Katanya, pihaknya juga terus mempromosi meningkatk­an kemasukan pelajar antarabang­sa antara kerajaan, rundingan berterusan dengan pihak kerajaan dan universiti luar negara serta kerjasama dengan kedutaan negara lain bagi memudahkan urusan kemasukan pelajar antarabang­sa.

Setakat 30 Jun lalu seramai 173,768 pelajar antarabang­sa berada di Malaysia. Timbalan Menteri Pendidikan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia