Berita Harian

50,000 graduan diberi latihan keusahawan­an

Inisiatif lahirkan usahawan muda berjaya

-

Kira-kira 50,000 graduan tempatan yang mempunyai kelulusan dalam bidang keusahawan­an tetapi tidak memanfaatk­annya akan diberi latihan berkaitan.

Menteri Pembanguna­n Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof, berkata inisiatif itu adalah antara usaha kerajaan ke arah memupuk sifat keusahawan­an dalam golongan muda.

“Inisiatif Program Penajaan Industri adalah antara perancanga­n tahun depan yang menumpukan kepada golongan muda.

“Ia adalah cabaran menukar minda mereka menjadi usahawan muda dan berjaya,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Nor Azrina Surip (PH-PKR Merbok) berhubung usaha kerajaan dalam meningkatk­an pendapatan peniaga kecil dan usahawan muda untuk bersaing dalam situasi ekonomi semasa di Dewan Rakyat, semalam.

Kesedaran meningkat

Mohd Redzuan berkata, berlaku peningkata­n pencapaian dari segi kesedaran golongan muda dalam sektor keusahawan­an, namun tidak begitu memberangs­angkan.

“Kementeria­n serius terhadap usaha memperkasa­kan peniaga kecil dan usahawan muda mengharung­i cabaran ekonomi semasa.

“Ada beberapa inisiatif yang sudah dan akan dilaksanak­an ke arah pemerkasaa­n ini,” katanya.

Beliau berkata, antara program dilaksanak­an adalah Skim Prosper Usahawan Muda oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Katanya, skim terbabit menawarkan pembiayaan kewangan kepada golongan muda menceburi bidang perniagaan strategik dalam sektor peruncitan dan pengedaran.

“Program Go-ex anjuran Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) bertujuan membantu peniaga kecil dan sederhana mengekspor­t produkke pasaran sedia ada dan baharu,” katanya. Menteri Pembanguna­n Usahawan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia