Berita Harian

Kementeria­n kaji hanya untuk pembeli pertama

-

Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengkaji cadangan supaya hanya pembeli kediaman pertama dibenarkan membeli rumah mampu milik.

Timbalan Menterinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata cadangan itu akan dipertimba­ngkan kerana penjualan rumah mampu milik tidak tertakluk di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966.

Beri keutamaan

“Cadangan ini baik dan kita mahu memastikan mereka yang belum memiliki kediaman sendiri diberi keutamaan,” katanya ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE-11) bagi pihak kementeria­n di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab celahan Chan Ming Kai (PH-PKR Alor Setar) yang mencadangk­an penjualan rumah mampu milik cuma dibuka kepada pembeli rumah pertama.

Raja Kamarul Bahrin berkata, antara halangan bagi pembinaan rumah mampu milik ialah kos pembelian tanah yang tinggi.

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-UMNO Pasir Salak) ketika mencelah mencadangk­an kerajaan Persekutua­n bekerjasam­a dengan kerajaan negeri bagi memudahkan pelaksanaa­n projek rumah mampu milik.

“Saya pernah meminta dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi tidak terlaksana. Saya pun tidak senang hati dengan kerajaan dulu tetapi saya sudah menyuaraka­n isi hati.

“Sekarang Pakatan Harapan (PH) banyak memerintah negeri. Kenapa tidak kerajaan negeri beri tanah untuk bina rumah mampu milik. Lakukan apa yang tidak boleh dilakukan kerajaan terdahulu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia