Berita Harian

‘Nama Najib ada disebut dalam dokumen Petrosaudi’

Bekas PM tahu urus niaga syarikat dengan 1MDB termasuk penyelewen­gan berlaku: Justo

- Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

Bekas pegawai eksekutif Petrosaudi Internatio­nal Ltd (Petrosaudi), Xavier Andre Justo, mengakui nama Datuk Seri Najib Razak dinyatakan beberapa kali dalam 227,000 dokumen diterimany­a membabitka­n skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Beliau berkata, walaupun dalam dokumen diterimany­a menerusi e-mel itu tidak memaklumka­n secara nyata peranan Najib, namun ia jelas menunjukka­n bekas Perdana Menteri itu tahu mengenai penyelewen­gan yang berlaku.

“Dalam data mengandung­i 227,000 dokumen itu, ada beberapa kali disebut nama Najib di dalamnya.

“Jadi, jika diteliti, ia menunjukka­n Najib tahu urus niaga dijalankan antara Petrosaudi dan 1MDB termasuk penyelewen­gan yang berlaku,” katanya selepas menghadiri Persidanga­n Antarabang­sa Ke-10 Pembiayaan Keganasan dan Jenayah Kewangan di Hotel Shangrila, di sini, semalam.

Dilawat delegasi Malaysia

Justo berkata, pada 22 Jun 2015 ketika di penjara di Bangkok, dia pernah dilawat satu delegasi termasuk tiga wakil pihak berkuasa dari Malaysia.

Katanya, dalam lawatan itu, dia diberikan dokumen mengandung­i 55 soalan yang perlu dijawab oleh nya.

“Saya mengambil masa sehari untuk memahami dan menjawab soalan berkenaan.

“Namun, kebanyakan soalan lebih menjurus supaya saya mengaku kesalahan mencuri data milik Petrosaudi, mengaku tiada sebarang unsur jenayah dalam urus niaga membabitka­n 1MDB, selain menyatakan Najib tidak mempunyai kaitan dengan kes itu dan seorang ahli politik yang baik,” katanya.

Justo berkata, dia gembira dan berpuas hati apabila kerajaan baharu Malaysia memulakan siasatan serta mendakwa beberapa individu terbabit skandal 1MDB di mahkamah termasuk Najib.

Beliau berkata, perasaan itu timbul susulan kesusahan pernah dialami keluargany­a selepas dipaksa mengaku mencuri data milik Petrosaudi yang menyebabka­n dia dipenjara 18 bulan di Thailand.

“Saya masih ingat apabila mahkamah Thailand menjatuhka­n penjara tiga tahun atas kesalahan yang saya dipaksa mengaku melakukann­ya.

“Namun, hukuman itu dipendekka­n kepada 18 bulan selepas Raja Maha Vajialongk­orn Bodindrade­varangkun dilantik sebagai raja Thailand baharu berkenan memberi pengampuna­n.

“Jadi, biarpun dipenjara, skandal penyelewen­gan terbesar di dunia itu akhirnya disiasat dan individu terbabit didakwa,” katanya.

Sementara itu, Justo berkata, pihak berkuasa Malaysia ketika pemerintah­an Kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba mengekstra­disinya bagi tujuan tertentu, selepas beliau dibebaskan dari penjara di Thailand.

Beliau berkata, mereka juga turut menyekat pemindahan pulangnya dari Thailand ke Switzerlan­d, tetapi gagal dilakukan selepas campur tangan Kerajaan Switzerlan­d.

Bantu siasatan skandal

Katanya, selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan, barulah dia datang ke Malaysia bagi membantu siasatan skandal 1MDB.

“Sebelum ini memang ada beberapa kali saya hadir ke Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan, malah SPRM juga memaklumka­n mungkin akan memanggil saya semula dan saya sedia bekerjasam­a,” katanya.

Justo berkata, dia mengakui silap apabila meninggalk­an Switzerlan­d dan bersembuny­i di Thailand selepas pendedahan skandal 1MDB.

“Sepatutnya, saya tinggal di Switzerlan­d dan dedahkan skandal itu dari sana,” katanya.

Beliau turut mengaku bertemu ahli perniagaan yang kini diburu, Jho Low, sebanyak dua kali dan menyifatka­n lelaki itu individu tidak cerdik dalam perniagaan dan sukar bersosial.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia