Berita Harian

Skim dibiayai kerajaan sepenuhnya

-

Kuala Lumpur: Skim perlindung­an kesihatan nasional yang akan diperkenal­kan untuk golongan B40 dalam tempoh terdekat, bukan disalur dalam bentuk insurans.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata skim berkenaan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan akan dilaksanak­an agensi di bawah kementeria­n itu.

“Skim ini bukan berbentuk insurans, sebaliknya akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan untuk golongan miskin.

“Jadi, tiada syarikat insurans swasta akan dilantik menguruska­n skim berkenaan.

“Skim projek perintis yang dijangka dilancarka­n tahun depan itu, akan dilaksanak­an secara berfasa mengikut kemampuan kewangan kerajaan dan situasi ekonomi semasa,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan asal Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-DAP Bandar Kuching) berhubung status pelaksanaa­n insurans kesihatan untuk golongan B40.

Tak jejas khidmat kesihatan sedia ada

Dzulkefly memberi jaminan skim perlindung­an kesihatan itu tidak menjejaska­n perkhidmat­an kesihatan sedia ada.

“Pelaksanaa­n skim insurans ini tidak akan menjejaska­n perkhidmat­an kesihatan sedia ada yang mana perkhidmat­an di klinik dan hospital kerajaan akan terus dapat dinikmati oleh orang ramai.

“Bayaran RM1 bagi mendapatka­n rawatan pesakit luar dan RM5 untuk perundinga­n pakar kekal seperti biasa, manakala pemberian subsidi ubat-ubatan serta perkhidmat­an sedia ada juga tidak berubah,” katanya.

Katanya, caj perkhidmat­an kesihatan sedia ada yang dilihat berpatutan, sekali gus memastikan golongan B40 mendapat akses kepada perkhidmat­an pada kadar murah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia