Berita Harian

‘Pakaian korporat kementeria­n, bukan baju komunis’

-

Lumut: Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong, berkata pakaian yang dipakainya hingga viral di laman sosial mengatakan ia menyerupai seragam komunis, sebenarnya adalah pakaian korporat kementeria­n itu.

Beliau berkata, pakaian sama turut dipakai Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Katanya, sebagai pemimpin dalam kalangan orang awam, mereka tidak perlu memakai seragam tentera kerana tidak terbabit latihan ketenteraa­n, malah pemakaian baju korporat itu juga berdasarka­n keputusan bersama dengan Mohamad.

“Itu adalah pakaian korporat kementeria­n... Menteri Pertahanan pakai dan saya juga pakai.

Keputusan Menteri Pertahanan

“Antara satu sebab (kami) pakai baju korporat (dan) bukan pakaian tentera kerana ini keputusan Menteri Pertahanan, kami orang awam dan kami tidak mahu (memakai) baju tentera,” katanya selepas merasmikan upacara peletakan lunas Kapal Kombat Litoral (LCS) Ke-4 di Limbungan Boustead Naval Shipyard (BNS), Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gambarnya yang tular didakwa memakai pakaian seragam komunis ketika pemeriksaa­n kawalan kuarter di Markas Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat di Kuching, Sarawak pada 26 Oktober lalu.

Sudah dipakai sejak dulu

Chin Tong berkata, baju korporat itu juga sudah dipakai sejak dulu.

Sementara itu, Kementeria­n Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumka­n, baju yang dipakai Chin Tong ketika itu adalah baju korporat rasmi (bush jacket) yang disediakan kementeria­n kepada Menteri dan Timbalan Menteri Pertahanan untuk lawatan kerja khususnya membabitka­n lawatan ke markas formasi dan kem.

 ??  ?? Gambar Chin Tong didakwa memakai pakaian menyerupai seragam komunis tular di media sosial, baru-baru ini.
Gambar Chin Tong didakwa memakai pakaian menyerupai seragam komunis tular di media sosial, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia