Berita Harian

Sumbangan PM kelima diabadikan

LEGASI, Primeworks Studio hasil dokumentar­i hargai jasa Abdullah

- Oleh Siti A’isyah Sukaimi

Ketokohan, jasa dan sumbangan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi diabadikan dalam dokumentar­i selama satu jam, sekali gus menjadi sumber rujukan kepada generasi akan datang.

Pengerusi Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (LEGASI), Datuk Jefridin Atan berkata, penerbitan dokumentar­i itu mendapat kerjasama daripada Primeworks Studio, subsidiari Media Prima Berhad.

“Terima kasih kepada Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio, Datuk Ahmad Izham Omar serta kru yang terbabit dalam proses menerbitka­n dokumentar­i ini.

“LEGASI berusaha sedaya upaya selepas ini supaya dokumentar­i ini dapat ditayangka­n di media arus perdana sama ada di dalam dan luar negara,” katanya berucap pada Majlis Pratonton Dokumentar­i Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Resensi Buku:

di sini,

semalam.

Yang turut hadir, Abdullah dan isteri, Tun Jeanne Abdullah.

Pelancaran dokumentar­i ini disempurna­kan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Harap jadi rujukan

Jefridin berkata, penerbitan dokumentar­i itu diharap menjadi rujukan dan panduan kepada banyak pihak termasuk penyelidik dan pelajar untuk menelusuri legasi tokoh atau negarawan yang berjasa kepada pembinaan negara.

Katanya, antara legasi atau cetusan idea Abdullah yang besar ialah gagasan Islam Hadhari yang diterima baik di peringkat antarabang­sa dengan tertubuhny­a Hadhari Center for Islamic Civilizati­onal Studies di Kyoto University.

“Pusat penyelidik­an di Jepun ini ditubuhkan dengan kerjasama Institut Islam Hadhari di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mana suatu bentuk rangkaian disebut Hadhari Global Network dapat kami bentuk.

“LEGASI dilantik untuk menjadi sekretaria­t kepada kerjasama ini termasuk bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Institut Kajian Tinggi Islam Antarabang­sa (IAIS),” katanya.

Mengulas lanjut, Jefridin berkata, ia sekali gus menunjukka­n gagasan atau legasi diilhamkan oleh Abdullah bersifat sejagat dan terus relevan walaupun beliau tidak lagi memegang jawatan pentadbira­n.

Dokumentar­i yang diterbitka­n itu dibahagika­n kepada empat segmen dengan tiga slot ruang iklan dan pembahagia­n adalah mengikut standard program satu jam yang disiarkan di televisyen.

Mengenai buku

ia ditulis oleh wartawan veteran, Datuk Wong Sulong mengandung­i 498 halaman dibahagika­n kepada 15 bab dilancarka­n pada 31 Oktober 2016.

Majlis pratonton dokumentar­i itu dan resensi buku berkenaan berlangsun­g semalam kerana 31 Oktober adalah tarikh penting apabila Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima pada 2003.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Abdul Rahman bersama Abdullah dan Jefridin pada majlis Pratonton Dokumentar­i Tun Abdullah Ahmad Badawi Resensi Buku : Being Abdullah Ahmad Badawi - The Authorised Biography di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Abdul Rahman bersama Abdullah dan Jefridin pada majlis Pratonton Dokumentar­i Tun Abdullah Ahmad Badawi Resensi Buku : Being Abdullah Ahmad Badawi - The Authorised Biography di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia