Berita Harian

MOA harap diberi peruntukan mencukupi

-

Muar: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) berharap diberikan peruntukan yang cukup pada Belanjawan 2019, terutama geran penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) berkaitan sektor pertanian.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub, berkata R&D penting bagi membolehka­n pihak kementeria­n membangunk­an teknologi pertanian.

“Selain R&D, saya mengharapk­an diberikan peruntukan untuk menyemarak­kan lagi bantuan atau insentif kepada usahawan muda, terutama dalam bidang perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menyumbang dalam KDNK

“Ini kerana kumpulan berkenaan sangat penting bagi membolehka­n mereka berkembang dan akhirnya dapat menyumbang dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Tahunan Kedua Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Bakri, di sini, malam kelmarin.

Turut hadir, Ketua AMANAH Kawasan Bakri, Mohd Huridin Samuri; Timbalan Ketua AMANAH Kawasan Bakri, Fadzil Othman dan Naib Ketua 1 AMANAH Kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram berkata, perhatian sama juga akan diberikan dalam pengeluara­n padi negara yang perlu dipertingk­atkan dengan penggunaan teknologi moden.

“Kita juga perlukan pelaburan baharu (dalam pengeluara­n padi). Contohnya, pemprofail­an tanah, iaitu tanah bendang lama yang boleh kita profailkan balik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia