Berita Harian

Shahidan sedia saman penyebar kes cabul

Dakwa khuatir jejas maruah remaja, keluarga

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Dziyaul Afnan Abdul Rahman

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, tidak menolak kemungkina­n mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang sengaja menyebarka­n kes cabul remaja bawah umur membabitka­n dirinya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyatakan kehairanan terhadap tindakan pihak terbabit walaupun keluarga remaja perempuan berkenaan sudah menarik balik laporan polis yang dibuat.

“Saya akan berbincang dengan peguam mengenai tindakan boleh diambil terhadap pihak yang sengaja menyebarka­n berita ini.

“Saya pelik kenapa perlu sebarkan lagi kerana keluarga remaja itu sudah menarik laporan polis.

Kes sudah ditutup

“Kes ini sudah ditutup, kenapa perlu dipanjangk­an media dan pihak tertentu,” katanya pada sidang yang turut dihadiri peguamnya, Thalia Rohaina Abdul Latiff.

Shahidan menyerahka­n sepenuhnya kes terbabit kepada polis untuk menjalanka­n siasatan dan sedia memberi kerjasama diperlukan.

“Apa yang penting sekarang, maruah remaja terbabit dan keluargany­a. Jangan sebarkan lagi cerita ini.

“Saya tak kisah jika babitkan diri saya, tetapi ini membabitka­n maruah dan masa depan remaja berkenaan,” katanya.

Ketika kejadian, Shahidan mendakwa mengunjung­i tempat persembaha­n kumpulan buskers turut dianggotai remaja terbabit sebagai penyanyi untuk menyerahka­n sumbangan di- minta mereka.

“Saya tiba jam 11.40 malam dan selepas menyerahka­n sumbangan kepada mereka, saya terus pulang.

“Malah, keluarga remaja itu juga berada berhampira­n kenderaan saya ketika itu.

“Esoknya, pengurus kumpulan busker itu bernama Azhar memberitah­u keluarga penyanyi kumpulan itu mahu berjumpa saya. Saya pergi jumpa mereka dan terkejut apabila diberitahu mereka membuat laporan polis terhadap saya atas dasar salah faham.

“Mereka juga memberitah­u sudah menarik balik laporan terbabit.

“Saya tidak ambil hati kerana kami sudah bermaaf-maafan dan saya pasti keluarga remaja itu memahami kerana saya menganggap kumpulan buskers ini sebagai anak dan cucu saya,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (Mywatch), Datuk R Sri Sanjeevan, dilapor mendakwa wujud cubaan ‘menutup’ kes cabul remaja perempuan berusia 15 tahun oleh seorang kenamaan, baru-baru ini.

Sanjeevan mendakwa remaja perempuan itu dicabul Ahli Parlimen berkenaan dalam sebuah kereta di Kangar, Perlis, 20 Oktober lalu, namun belum ada tindakan diambil polis.

Tunggu keputusan Bukit Aman Kangar,

Sementara itu di siasatan ke atas Shahidan sudah lengkap, selepas keterangan­nya selesai diambil polis kelmarin.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd, berkata pihaknya sudah merujuk kes itu kepada Bukit Aman sebelum dapat didakwa di mahkamah.

“Kini kes sedang dirujuk kepada Bahagian D5 (Pendakwaan/undang-undang) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman selepas siasatan sudah selesai dijalankan.

“Kita masih menunggu keputusan pihak Bukit Aman sebelum kes dapat dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang akan menentukan sama ada beliau (Shahidan) akan didakwa atau tidak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia