Berita Harian

‘Tindakan diambil henti budaya takut bersuara’

-

Kota Kinabalu: Bekas pelajar yang memfailkan saman terhadap bekas guru Bahasa Inggerisny­a, mendakwa berbuat demikian bagi pihak semua rakannya demi menamatkan budaya takut dan berdiam diri berhubung dakwaannya bahawa guru itu enggan mengajar.

Memetik laporan akhbar Daily Express semalam, Siti Nafirah Siman, 19, berkata sudah tiba masanya semua pihak berani untuk menamatkan budaya itu dan mahu setiap sekolah memberikan pendidikan terbaik kepada pelajarnya.

“Guru tidak rugi apa-apa jika tidak mengajar, pelajar rugi semuanya jika mereka tidak belajar. Budaya takut bersuara mesti berakhir. Budaya psikopati dengan mengugut dan menakutkan kami juga mesti dihentikan,” katanya.

Tak masuk kelas 7 bulan

Siti Nafirah yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi memfailkan saman itu terhadap Jainal Jamran yang didakwa tidak masuk kelas selama tujuh bulan pada tahun 2015, ketika dia berada di Tingkatan Empat.

Dia turut menamakan Pengetua SMK Taun Gusi, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Kementeria­n Pendidikan dan kerajaan sebagai defendan.

Saman itu difailkan menerusi tetuan Roxana & Co pada 16 Oktober lalu dan pendengara­n pertama kes itu dijadualka­n pada 19 November ini.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul, ketika dihubungi NSTP berkata, pihaknya tidak dapat memberi ulasan lanjut berhubung kes itu kerana ia sudah dibawa ke mahkamah.

Di Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menyuaraka­n perasaan kecewa jika benar dakwaan bahawa aduan seorang remaja di Kota Belud, Sabah, mengenai ketidakhad­iran seorang guru di sekolahnya selama tujuh bulan tidak diendahkan sebelum ini.

“Kami masih tunggu laporan dari JPN Sabah kerana ia berlaku pada tiga tahun lalu, perlu semak bahagian mana yang ada kesilapan dan kesalahan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Shah Alam,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia