Berita Harian

RM250J setahun selenggara kapal uzur

-

Kota Kinabalu: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memerlukan kira-kira RM250 juta setahun untuk menyenggar­a kapalnya yang semakin uzur.

Ketua Pengarahny­a, Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar berkata, sejak kewujudan agensi itu 14 tahun lalu, Maritim Malaysia menggunaka­n kapal lama yang membabitka­n kos penyenggar­aan tinggi bagi membolehka­n aset terbabit beroperasi dengan baik.

“Oleh sebab itu, Maritim Malaysia membuat permohonan sebanyak RM250 juta setahun untuk tempoh dua tahun bermula tahun depan bagi menampung kos penyenggar­aan,” katanya selepas majlis serah terima tugas Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan, di sini, semalam.

Bakal terima 3 aset baharu

Zulkifili berkata, Maritim Malaysia juga sebelum ini membelanja­kan kira-kira RM200 juta setahun untuk tujuan tersebut.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya dijangka menerima tiga kapal peronda generasi baharu pada 2020, sebagai tambahan kepada tiga yang diterima Maritim Malaysia sebelum ini.

“Kontrak untuk pembinaan tiga kapal baharu ini ditandatan­gani tahun lepas,” katanya.

Terdahulu Zulkifili menyaksika­n penyerahan tugas oleh Laksamana Madya Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som kepada penggantin­ya, Laksamana Muda Maritim Kamaruszam­an Abu Hasan.

Mohd Zubil dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia di Putrajaya.

Kamaruszam­an, 56, sebelum ini adalah Ketua Staf Bahagian Penguatkua­saan Maritim di Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur (ESSCOM), jawatan yang disandangn­ya sejak Ogos 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia