Berita Harian

Ada pemimpin PAS dijangka sertai AMANAH

Tindakan dipercayai kerana tidak setuju hubungan dengan UMNO

- Oleh Badrul Kamal Zakaria

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Salahuddin Ayub tidak menolak kemungkina­n beberapa pemimpin PAS akan menyertai parti itu pada masa depan kerana tidak bersetuju dengan hubungan intim PAS dan UMNO.

Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, pihaknya juga sedang berhubung dengan beberapa kepemimpin­an PAS pada semua peringkat yang mungkin boleh menyertai AMANAH kelak.

“Itu (pemimpin PAS menyertai AMANAH) mungkin berlaku pada masa depan. Ada pimpinan dan ahli bawahan PAS bersama AMANAH apabila keadaan begitu ketara, iaitu PAS benar-benar menjalinka­n hubungan begitu intim dengan UMNO.

“Ahli biasa (PAS) sudah ramai (menyertai AMANAH), cuma kita sekarang sedang mengadakan hubungan dengan beberapa kepemimpin­an (PAS) pada semua peringkat yang mungkin boleh bersama AMANAH,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Ke-2 AMANAH Kawasan Bakri di Hotel Muar Traders di sini, malam kelmarin.

Yang turut hadir, Ketua AMANAH Kawasan Bakri, Mohd Huridin Samuri; Timbalan Ketua AMANAH Kawasan Bakri, Fadzil Othman dan Naib Presiden 1 AMANAH Kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman.

Urus kemenangan parti

Sementara itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram berkata, pihaknya menyeru ahli AMANAH lebih bersikap positif, terutama mengurus kemenangan parti itu dalam konteks mentadbir negara ini.

Katanya, segala potensi dan kekuatan yang sudah dibina parti itu harus dijelmakan dalam usaha menyampaik­an perkhidmat­an terbaik kepada rakyat.

“Dengan kedudukan lima menteri dan empat timbalan menteri (daripada AMANAH) serta kedudukan kita dalam agensi kerajaan, majlis daerah dan peringkat kampung haruslah dapat menjana kepada parti dan kerajaan kita,” katanya.

 ??  ?? Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden AMANAH
Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden AMANAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia