Berita Harian

‘Keputusan selepas sebulan solat hajat, istikharah

-

Kota Bharu: Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed, memaklumka­n keputusann­ya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bukan dilakukan secara tergesa-gesa, sebaliknya diputuskan hasil perbincang­an dan mengadakan solat hajat serta istikharah selama sebulan.

Beliau berkata, banyak pandangan diambil dan perbincang­an dengan individu tertentu sebelum membuat keputusan besar melakukan penghijrah­an itu.

Malah, beliau bersyukur kerana mengambil tindakan amat tepat dengan menyertai BERSATU.

“Saya dengar ada rakan dalam Dewan yang perli, beri teguran dan pandangan. Saya seorang yang terbuka serta menerima sebarang teguran, cuma biarlah teguran itu dilakukan secara tertib.

Tuntut keberanian

“Dalam politik ia menuntut keberanian dan saya akui bukan senang mahu berpisah selepas begitu lama bersama (UMNO). Saya cukup faham jika ada pihak tertentu marah kepada saya, namun saya memaafkan Ahli Parlimen Jeli mereka.

“Apa yang penting niat untuk perjuangka­n rakyat Kelantan yang kita wakili. Dalam politik, kita harus menerima dan tidak boleh melenting kerana sebarang teguran itu mampu memberi peringatan kepada kita supaya tidak tersasar,” katanya pada sidang media di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, semalam.

Pada masa sama, Mustapa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas berkata, keputusan itu juga diambil bagi memastikan hak rakyat di Jeli khususnya dapat diperjuang­kan.

“Dalam keadaan rakyat memberi mandat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, saya kira adalah penting kita beri sokongan bagi memastikan negara berada di landasan yang kukuh.

“Saya juga akan membantu Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Radzi Jidin sebaik mungkin memandangk­an beliau satusatuny­a Timbalan Menteri dari Kelantan.

“Ucapan Dr Mahathir baru-baru ini yang mahu merapatkan jurang antara negeri dilihat satu permulaan baik. Saya akan berusaha sebaik mungkin dan mengumpul maklumat menerusi DUN untuk disampaika­n kepada rakan di Kuala Lumpur apa kehendak rakyat Kelantan,” katanya.

Ditanya sama ada lebih ramai lagi pemimpin UMNO di Kelantan mengikuti jejak langkahnya, Mustapa berkata, beliau tidak mengetahui perkara itu dan akan menunjuk contoh baik kepada semua.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia