Berita Harian

Maklumat undian disalin manual

-

Sibu: Setiap maklumat pengundian pada proses pemilihan PKR di Sarawak akan disalin secara manual sebagai pelan sokongan bagi mengelak keputusan undi hilang.

Setiausaha Cabang PKR Kanowit, George Chen, berkata Jawatankua­sa Pemilihan Pusat (JPP) juga sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkina­n menjelang proses pemilihan pada 10 November ini.

Katanya, pelan sokongan perlu kerana talian telekomuni­kasi termasuk liputan internet di sesetengah lokasi mungkin berdepan masalah, khususnya di pedalaman dan luar bandar sehingga menjejaska­n sistem e-undi.

“JPP sedang mengenal pasti lokasi sesuai dijadikan pusat mengundi, selain membuat persediaan teknikal berkaitan eundi termasuk kemungkina­n membuka lebih satu pusat pengundian untuk satu cabang.

“Pembukaan lebih daripada satu pusat mengundi perlu kerana struktur muka bumi dan saiz sesebuah kawasan yang amat besar. Contohnya di Hulu Rejang yang saiznya sama besar dengan keseluruha­n Pahang,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Chen berkata, jika hanya satu pusat undi dibuka, agak sukar untuk ahli keluar mengundi kerana ia mengambil masa lama untuk mereka sampai ke kawasan tertentu.

Bagaimanap­un, beliau yakin pemilihan PKR di wilayah tengah negeri ini dijangka dapat dijalankan dengan lancar, aman dan harmoni.

“Saya sudah memohon kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta kehadiran anggota membantu mengawal keadaan bagi mengelak kemungkina­n berlaku kekecohan.

“Terdapat 11 cabang di wilayah tengah Sarawak termasuk Nangka, Kanowit, Kapit, Julau dan Selangau. Lebih 20,000 ahli boleh mengundi calon peringkat cabang dan pusat masingmasi­ng pada pemilihan yang akan diadakan pada 10 November ini,” katanya.

Pertukaran tarikh pemilihan

Bagaimanap­un, Chen berkata, ada ahli kurang gembira dengan pertukaran tarikh pemilihan di Sarawak yang ditangguh dua kali.

Ahli PKR Sarawak sepatutnya mengundi pada 8 dan 9 September lalu sebelum ditukar kepada 26 dan 27 Oktober lalu tetapi ditangguh sekali lagi kepada 10 November ini.

Di Kuching, Naib Presiden PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata pemilihan di Sarawak kekal menggunaka­n sistem pengundian atas talian, e-undi, walaupun timbul desakan agar JPP menimbang menggunapa­kai sistem pengundian manual.

Cadangan menggunaka­n pengundian manual timbul selepas mengambil kira kebimbanga­n talian internet terganggu, sekali gus berisiko menjejaska­n proses pemilihan terutama di luar bandar dan pedalaman.

Bercakap Ibu Pejabat Lembaga Lada Malaysia (MPB) di sini semalam, katanya beliau difahamkan JPP akan menyediaka­n hampir 500 tablet di semua kawasan pemilihan. Kita tahu ada beberapa masalah berbangkit seperti faktor logistik.

“Justeru Sarawak dijadikan negeri terakhir melakukan pemilihan dan ini penting demi memastikan semua petugas termasuk jentera JPP berkampung di Sarawak. Saya yakin, JPP memandang kepada semua aspek berbangkit demi memastikan sistem pemilihan ini berlangsun­g secara bersih," katanya.

 ??  ?? George Chen
George Chen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia