Berita Harian

Jamal diperintah bayar Maria Chin RM300,000

Ketua UMNO Sungai Besar bersalah kait NGO dengan pengganas

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, memerintah­kan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos membayar ganti rugi RM300,000 kepada Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.

Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat perintah itu selepas mendapati Jamal bertanggun­gjawab memfitnah dengan mengaitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dengan kumpulan pengganas Daesh.

Dalam penghakima­nnya, Mohd Zaki berkata, beliau meneliti keterangan plaintif dan defendan serta menimbangk­an keterangan itu bersama fakta dipersetuj­ui dan dipertikai­kan kedua pihak.

Beliau berkata, selepas menimbangk­an hujahan, mahkamah mendapati pengucapan Jamal merujuk kepada Maria (plaintif) walaupun secara jelas ia tidak menyebut nama plaintif.

Katanya, mahkamah selanjutny­a mendapati pengucapan berkenaan dalam makna semula jadi bersifat memfitnah.

Turun martabat plaintif

“Pengucapan itu akan memberi kesan menurunkan martabat dan reputasi plaintif pada pandangan masyarakat umum dan ini akan mendedahka­n plaintif kepada rasa benci masyarakat umum kepadanya.

“Pengucapan pada sidang media itu juga akan menyebabka­n plaintif dipandang tidak mempunyai integriti dan tingkah laku serta tidak boleh dipercayai. Saya mendapati pengucapan berunsur fitnah itu disiarkan,” katanya.

Mohd Zaki berkata, Jamal gagal membuktika­n komen pembelaan keistimewa­an bersyarat bahawa pengucapan itu mempunyai tugas dari segi perundanga­n, kemasyarak­atan atau moral dan pembelaan komen saksama.

“Berasaskan pertimbang­an itu, saya memutuskan ganti rugi RM300,000 adalah adil dan patut diberi kepada plaintif,” katanya.

Mohd Zaki turut memerintah­kan Jamal yang diwakili peguam V Mugunathan dan Mohamed Nasir Yusof, membayar kos RM40,000.

 ??  ?? Jamal Md Yunos
Jamal Md Yunos

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia