Berita Harian

Mahkamah tolak permohonan Najib minta kecuali kehadiran

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengecuali­kan diri daripada menghadiri prosiding pengurusan kes bagi semua pertuduhan dihadapiny­a.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan itu selepas peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon kehadiran anak guamnya dikecualik­an pada pengurusan kes berhubung tiga tuduhan pecah amanah dan satu salah guna kuasa membabitka­n dana berjumlah RM42 juta milik SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Nazlan dalam penghakima­nnya berkata, kehadiran Najib perlu bagi membolehka­n beliau mengikut prosiding kesnya.

“Beliau perlu hadir, namun jika perkara itu tidak dipertikai­kan, mungkin mahkamah boleh mempertimb­angkan,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Shafee yang mewakili Najib, mempersoal­kan kehadiran anak guamnya memandangk­an prosiding hanya membabitka­n pihak pendakwaan dan pembelaan.

Babit kes penting

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Sulaiman Abdullah, memberitah­u kehadiran Najib perlu kerana membabitka­n kes penting.

“Setakat ini pihak kami tidak menerima sebarang arahan, namun secara peribadi beliau perlu hadir,” katanya.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 29 November ini untuk sebutan semula dan pengurusan kes.

Sementara itu, mahkamah turut membenarka­n kes membabitka­n 25 pertuduhan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah hampir RM2.3 bilion dipindahka­n dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarka­n permohonan Najib diwakili peguam, Havinderji­t Singh, manakala Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram bagi pihak pendakwaan memberitah­u mahkamah, pihaknya tiada sebarang bantahan terhadap permohonan memindahka­n kes itu ke Mahkamah Tinggi.

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA /BH] ?? Najib ketika hadir di pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA /BH] Najib ketika hadir di pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia