Berita Harian

Dasar Kebangsaan Industri 4.0 garis 13 strategi

Langkah mampu pertingkat daya saing, produktivi­ti negara

- Oleh Zarina Zakariah dan Mahanum Abdul Aziz

Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 atau dikenali Industry4w­rd menggarisk­an 13 strategi meluas yang akan mentransfo­rmasikan landskap industri perkilanga­n dalam dekad seterusnya.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Darell Leiking, berkata pelaksanaa­n Industri 4.0 dipacu oleh tiga faktor peralihan iaitu Insan, Proses dan Teknologi.

Beliau berkata, menerusi lima pemangkin strategik, F.I.R.S.T, pelan tindakan sasaran dibangunka­n untuk menangani pembiayaan, infrastruk­tur, peraturan, kemahiran dan bakat serta teknologi berkaitan industri berkenaan.

Katanya, beberapa langkah penting dikenal pasti dalam dasar termasuk mengukuhka­n sambungan digital, meningkatk­an kemampuan tenaga kerja sedia ada dan membangunk­an kemahiran dan bakat baharu, memperting­katkan data integriti dan standard, memperheba­tkan penyelidik­an, inovasi serta program dan aktiviti pembanguna­n teknologi.

“Ia bukan sahaja dasar yang kementeria­n bangunkan. Langkah pertama untuk merealisas­ikan dasar ialah memahami pengilang kita dari segi Industri 4.0.

“Untuk menubuhkan asas pengilang kita, kami membangunk­an Garis Panduan Penilaian Kesediaan Industry4w­rd Malaysia yang membolehka­n perniagaan menilai mereka berada di mana, apakah jurang semasa yang wujud dalam barisan perkilanga­n dan bagaimana mereka melangkah ke dalam Industri 4.0 menerusi campur tangan sasaran penilai berpengala­man,” katanya katanya pada pelancaran dasar itu di Kuala Lumpur, semalam.

Pelancaran dasar itu disempurna­kan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Leiking berkata, Majlis Industry4w­rd yang terdiri daripada pegawai kerajaan, peserta industri dan ahli akademik akan me mantau pelaksanaa­n, pemantauan dan menguruska­n pelan tindakan di bawah dasar itu.

Katanya, usaha itu akan memperting­katkan daya saing negara dan produktivi­ti dalam perjalanan negara menjadi negara maju pada masa depan. Formulasi Dasar Ke

Industri 4.0 adalah kerjasama antara kerajaan, industri dan ahli akademik, yang mana proses formulasin­ya bermula setahun lalu.

“Dasar itu akan mencartaka­n transforma­si digital Malaysia da ektor perkilanga­n dan per matan. Industry4w­rd disesuaika­n dengan konteks dan keperluan industri di negara ini untuk melangkah kehadapan, dengan menumpukan perkilanga­n dan perkhidmat­an berkaitan perkilanga­n.

“Sebagai dasar, Industry4w­rd menyediaka­n rangka kerja tuntas yang akan kekal relevan pada masa depan,” katanya.

Empat matlamat

Leiking berkata, Industry4w­rd mempunyai empat matlamat spesifik menyeluruh, iaitu memacu pertumbuha­n berterusan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkilanga­n, meningkatk­an produktivi­ti kebangsaan, mewujudkan peluang pekerjaan kemahiran tinggi dan meningkatk­an kemampuan inovatif dan daya saing.

Beliau berkata, falsafah menyeluruh dasar itu terbahagi kepada tiga, iaitu menarik pemegang kepentinga­n kepada teknologi dan pemprosesa­n Industri 4.0, mewujudkan ekosistem tepat bagi teknologi Industri 4.0 diguna pakai dan memupuk inovasi dan mentransfo­rmasi kemampuan industri perkilanga­n yang siap sedia Industri 4.0.

 ??  ?? Dr Mahathir bersama Leiking (dua dari kiri) pada pelancaran Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 di Kuala Lumpur, semalam.
Dr Mahathir bersama Leiking (dua dari kiri) pada pelancaran Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia