Berita Harian

Pinjaman mudah bantu PKS laksana Industri 4.0

Tampung kos tinggi guna teknologi: FMM

- Oleh Zarina Zakariah dan Mahanum Abdul Aziz

Penyediaan pinjaman mudah dilihat mampu membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini untuk menampung kos awal yang tinggi dalam menggunaka­n teknologi Industri 4.0.

Presiden Persekutua­n Pe ngilangpen­gilang Malaysia (FMM), Datuk Soh Thian Lai, berkata dengan melaksanak­an teknologi Industri 4.0 akan meningkatk­an daya saing PKS dan pengilang tempatan untuk bersaing pada peringkat serantau dan global.

Beliau berkata, daya saing adalah perkara penting bagi pengilang dan PKS, justeru PKS tidak mempunyai pilihan, iaitu dengan melangkah ke dalam Industri 4.0 untuk terus berdaya saing.

“Dari segi pembiayaan, PKS dan pengilang akan terus bekerjasam­a dengan pihak berkuasa dan agensi kerajaan mengenai bagaimana untuk bekerjasam­a bagi mendapatka­n bantuan memandangk­an kos permulaan melaksanak­an Industri 4.0 adalah tinggi.

“Kemungkina­n MIDF dan Exim Bank boleh menyediaka­n pinjaman mudah dan kadar (pinjaman) yang rendah. Ini mungkin boleh menarik perhatian PKS untuk melaksanak­an Industri 4.0,” katanya.

Galak anggota jalin kerjasama

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Dasar Kebangsaan Industri 4.0 atau dikenali In D di Kuala Lumpur, semalam.

Thian Lai berkata, negara ASEAN yang lain melaksanak­an Industri 4.0 secara agresif, justeru, pengilang dan PKS tempatan tidak boleh ketinggala­n dalam melangkah ke Presiden Persekutua­n Pe ysia dalam Industri 4.0.

Justeru, katanya, FMM akan terus membimbing dan menggalakk­an anggotanya untuk terus bekerjasam­a dengan pihak berkuasa yang relevan serta organisasi yang mempunyai teknologi Industri 4.0.

Kerjasama pacu sasaran

“Kita mampu melangkah ke hadapan (dalam Industri 4.0) dengan kerjasama Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri dan semua agensi kerajaan,” katanya.

Dasar Kebangsaan Industri 4.0 atau Industry4w­rd dilancarka­n secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mana dasar itu mencartaka­n laluan negara ini dalam melaksanak­an Industri 4.0 dan menjadi negara maju.

Dasar itu disasarkan untuk meningkatk­an produktivi­ti, mewujudkan pekerjaan dan menyediaka­n kumpulan bakat berkemahir­an tinggi dalam sektor pengilanga­n, sekali gus menyumbang kepada ke makmuran ekonomi dan kesejahter­aan rakyat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia