Berita Harian

MIDF harap sokongan kerajaan, swasta capai IR4.0

-

Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd (MIDF) berharap kerajaan dan agensi berkaitan dapat menawarkan sokongan dalam bentuk pelaburan bagi memastikan sektor perniagaan di negara ini dapat beralih ke Revolusi Perindustr­ian 4.0 (IR 4.0).

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Datuk Charon Wardini Mokhzani, berkata sokongan kewangan penting untuk syarikat tempatan melaksanak­an transforma­si operasi kepada lebih automasi dan ia untuk mengelakka­n bidang berkenaan dikuasai syarikat asing.

“Kita berharap kerajaan serius untuk membawa negara ke arah IR 4.0, manakala industri pula menyokong dari segi pinja man mudah.

“Syarikat memerlukan pelaburan dalam robotik, kecerdasan buatan (AI) dan operasi berasaskan teknologi kerana tanpa sokongan kewangan ia (IR 4.0) pasti tidak akan berjaya,” katanya kepada selepas sesi bersama media di Kuala Lumpur, semalam.

Memperkasa­kan bidang pekerjaan

Charon berkata, meskipun wujud kebimbanga­n dari segi kadar penganggur­an selepas pelaksa eh ditangani dengan solusi terbaik, termasuk memperkasa­kan serta memperkema­skan bidang pekerjaan lain seperti pengaturca­raan, kejurutera­an dan reka bentuk robotik.

“Lebih banyak automasi tidak akan menjejaska­n peluang pekerjaan dan tenaga kerja sedia ada. Sama seperti perkembang­an teknologi lain. Ramai cakap akan hilang pekerjaan, namun perkara ini tidak berlaku secara meluas dan kita berjaya menanganin­ya.

“Sebab itu, kerajaan kini memperkasa bidang latihan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) kerana ia dapat menampung pekerjaan yang tidak boleh dilakukan secara robotik.

“Kita sedar 450,000 kanakkanak membesar dan memerlukan pekerjaan bagi tempoh 12 hingga 15 tahun akan datang. Saya berpendapa­t kita akan dapat menanganin­ya. Ia menjadi satu cabaran dan kita tidak boleh lari dari IR 4.0 sebab dunia sudah mendahului­nya,” katanya.

Tingkat tahap produktivi­ti

Beliau menjelaska­n, kerjasama antara robotik dan manusia juga mampu meningkatk­an tahap produktivi­ti kerja.

“Sebahagian syarikat bersedia untuk menghadapi IR 4.0, sebahagian lagi kurang bersedia dan sebahagian lagi lebih maju ke hadapan. Saya melihat syarikat bermodal besar tidak akan berdepan masalah untuk mempraktik­kan revolusi dalam industri.

“Bagi syarikat kecil, bantuan daripada sektor awam dan swasta amat penting,” katanya. Pengarah Urusan Kumpulan DF

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia