Berita Harian

Belanjawan diharap beri hala tuju jelas perkukuh kewangan

Zeti jangka belanjawan sedia ekosistem untuk ekonomi berkembang

-

Belanjawan 2019 yang akan dibentangk­an pada Jumaat ini diharap dapat memberikan hala tuju yang jelas langkah kerajaan dalam mengukuhka­n kedudukan kewangan awam.

Canselor Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabang­sa (INCEIF), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata belanjawan kali ini dijangka dapat menyumbang dalam menyediaka­n ekosistem bagi membolehka­n ekonomi terus berkembang.

Zeti yang juga Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkata, Belanjawan 2019 juga diharap insklusif supaya sebahagian besar komuniti mendapat manfaatnya.

“Semua pihak mengharapk­an belanjawan yang dapat menyumbang dan menyediaka­n ekosistem ekonomi untuk terus mencatatka­n kemajuan dan perlu insklusif.

“Diharapkan (Belanjawan 2019) menyediaka­n beberapa hala tuju masa depan mengenai bagaimana kedudukan kewangan awam akan diperkukuh­kan,” katanya dalam satu temu bual di Kuala Lumpur, semalam.

Perubahan dalam bajet

Beliau yang juga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) berkata demikian bagi mengulas mengenai harapan Belanjawan 2019 yang akan dibentangk­an buat pertama kali oleh kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan.

Belanjawan 2019 akan menjadi pembentang­an sulung di bawah Kerajaan Pakatan Harapan dan rakyat meletakkan harapan besar kepada agenda pemulihan ekonomi, terutama yang membabitka­n isu kos sara hidup.

Dengan mengambil kira kedudukan ekonomi semasa dan dasar pembanguna­n di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE-11), Belanjawan 2019 kali ini dijangka membabitka­n beberapa perubahan.

Antara perubahan berkenaan, termasuk pengecilan peruntukan perbelanja­an susulan peralihan daripada Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) kepada Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) menyebabka­n hasil cukai kerajaan berkuranga­n sebanyak 11 peratus berbanding dengan sumbangan GST.

Di bawah pelaksanaa­n SST, kerajaan dijangka mengutip RM21 bilion pada tahun depan berbanding RM44 bilion menerusi GST. Canselor INCEIF

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia