Berita Harian

Selaras semula harga jualan hartanah urus pasaran

-

Sektor hartanah perlu menyelaras­kan semula harga jualannya bagi berhadapan kelembapan pasaran dan lebihan permintaan, kata Pengerusi Sime Darby Property Bhd, Tan Sri Zeti Akhtar Abdul Aziz.

Beliau berkata, pasaran sektor hartanah kini dilihat berhadapan dengan lebihan bekalan dengan kelembapan permintaan hartanah.

Katanya, dalam mana-mana pembelajar­an ekonomi, semua perkara adalah harus berasaskan bekalan dan permintaan.

“Jika sektor hartanah berhadapan dengan lebihan bekalan tetapi permintaan berada pada tahap yang rendah, apa yang perlu diselarask­an adalah harga. Ia perkara yang perlu diambil kira oleh semua, termasuk kerajaan dan pemain sektor hartanah untuk pengguna dan isi rumah.

“Namun, pelarasan itu perlu berasaskan beberapa perkara seperti lokasi hartanah dan jenis hartanah itu sendiri,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) Sime Darby Property di Kuala Lumpur, semalam.

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) itu berkata, semua pihak harus memainkan peranan menguruska­n kelembapan pasaran sektor hartanah dengan baik dan berkesan.

Katanya, sektor hartanah masih mempunyai masa untuk ditingkatk­an kembali kerana sektor itu masih tidak merundum tetapi hanya perlahan.

“Kita masih ada masa untuk menguruska­n sektor hartanah dan ia akan berjaya diatasi jika perancanga­n yang baik dapat dilaksanak­an,” katanya.

Perancanga­n Sime Darby

Ketika ditanya mengenai hala tuju yang akan diambil Sime Darby Property, Zeti berkata, pihaknya percaya dapat mengatasi kelembapan sektor itu dengan sempurna kerana mempunyai kebolehan dan sumber.

Beliau berkata, perancanga­n Sime Darby Property kini adalah meninjau ke kawasan strategik dalam pembanguna­n hartanah dan bergerak menjadi peneraju dalam sektor itu.

“Kami akan meninjau pembanguna­n di kawasan yang ada permintaan dan menyokong ekonomi sekitar, termasuk berdekatan dengan kawasan rumah mampu milik dan kemudahan awam.

“Ini perkara yang dalam perancanga­n kami untuk jangka masa sederhana,” katanya.

Cadangan bajet

Sementara itu, mengenai harapan Belanjawan 2019 yang akan dibentangk­an pada Jumaat ini, Zeti berkata, sebagai salah seorang ahli Majlis Penasihat Kerajaan, banyak cadangan yang dikemukaka­n oleh badan itu kepada kerajaan.

Namun, katanya, terpulang kepada kerajaan untuk menerima pakai cadangan yang diberikan mereka ke dalam pembentang­an Belanjawan 2019 itu nanti.

“Saya melihat Belanjawan 2019 ini bakal memberi peluang kepada penstabila­n ekonomi negara dan peningkata­n momentum positif kepada rakyat,” katanya.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Sektor hartanah masih mempunyai masa ditingkatk­an kembali dengan perancanga­n yang baik.
[ FOTO HIASAN ] Sektor hartanah masih mempunyai masa ditingkatk­an kembali dengan perancanga­n yang baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia