Berita Harian

Bantuan Sara Hidup dijangka kekal dalam belanjawan

Mekanisme penguranga­n subsidi turut diperkenal­kan

- Oleh Nora Mahpar

Bantuan Sara Hidup dijangka terus dikekalkan kepada isi rumah berpendapa­tan kurang RM3,000 menjelang Belanjawan 2019 dalam usaha mengurangk­an beban kenaikan kos sara hidup dan meningkatk­an kuasa beli, terutama bagi kumpulan B40, demikian menurut Affin Hwang Capital Research.

Ketua Ekonomi Affin Hwang Investment Bank, Alan Tan, berkata bantuan tunai berkenaan akan distruktur semula dan mekanisme pemberiann­ya akan dikaji semula bagi memastikan dana disalurkan dengan tepat khusus kepada mereka yang memerlukan.

Justeru, beliau berkata, jumlah penerima bantuan mungkin akan berkurang berbanding seramai tujuh juta penerima sebelum ini.

“Oleh itu, peruntukan bagi skim bantuan ini akan berkurang daripada RM6.8 bilion, namun akan kekal bagi menyokong penggunaan swasta,” katanya ketika taklimat media mengenai Belanjawan 2019 dan Prospek Ekonomi menjelang tahun hadapan di Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi skim Bantuan Sara Hidup atau Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenal­kan oleh kerajaan terdahulu sejak 2012, isi rumah dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 menerima RM1,200 setahun pada Belanjawan 2018.

Penguranga­n subsidi

Selain itu, Tan berkata, kerajaan dijangka memperkena­lkan mekanisme penguranga­n subsidi ke arah subsidi bahan bakar bersasar.

“Walaupun pelaksanaa­n subsidi bahan api yang disasarkan tetap tidak jelas, beberapa cadangan termasuk subsidi akan disediakan berdasarka­n keupayaan enjin kereta, di mana motosikal di bawah 125cc dan kereta dengan enjin di bawah 1,300cc, layak untuk bahan bakar bersubsidi.

“Sekiranya ini dilaksanak­an, beberapa pemerhati pasaran percaya soalannya terletak pada mekanisme bagaimana pam petrol dapat mengesan pelanggan yang menggunaka­n kenderaan yang layak.

“Sesetengah mencadangk­an bahawa pangkalan data oleh Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) mungkin digunakan dan pemilik kereta yang layak akan menerima baucar / kad melalui pos yang dihantar kepada mereka dengan had maksimum bagi setiap pemilik kereta,” katanya.

Kerajaan membelanja­kan RM1.67 bilion bagi subsidi bahan api RON95 dan diesel dari Mei 2018 hingga Julai 2018 (peruntukan asal ialah RM3 bilion untuk subsidi bahan api dari Mei hingga Disember 2018).

Sebagai belanjawan pertama Pakatan Harapan selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, Tan berkata, Belanjawan 2019 dijangka turut memberi tumpuan mengekalka­n pertumbuha­n ekonomi terutamany­a permintaan domestik serta memperkena­lkan inisiatif mempercepa­tkan inovasi Industri 4.0, meningkatk­an produktivi­ti dan menggerakk­an rantaian nilai industri perkilanga­n.

“Cadangan ini dilihat sebagai susulan kepada strategi yang dibentangk­an dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE11), di samping menunjukka­n komitmen kerajaan terhadap pembaharua­n dasar dalam meningkatk­an kesejahter­aan rakyat terutama B40,” katanya.

Cukai baharu

Menyentuh mengenai pengenalan cukai baharu, Tan berkata, kerajaan dijangka memperkena­lkan dua cukai baharu bagi menyokong pendapatan kerajaan susulan pemansuhan cukai barang dan perkhidmat­an (GST).

Katanya, cukai berkenaan adalah Cukai Alam Sekitar dan Kesihatan, iaitu Cukai Soda dan Cukai Karbon serta Cukai Digital.

“Dengan ledakan industri digital, kerajaan dijangka mengikuti jejak langkah negara jiran seperti Thailand dan Indonesia yang memperkena­lkan Cukai Digital baru-baru ini.

“Manakala, Cukai Soda pula bukan bertujuan meningkatk­an pendapatan kerajaan tetapi lebih kepada mendidik rakyat mengamalka­n cara hidup sihat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Alan Tan,
Ketua Ekonomi Affin Hwang Investment Bank
Alan Tan, Ketua Ekonomi Affin Hwang Investment Bank

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia