Berita Harian

Golongan B40, peningkata­n kualiti hidup jadi tumpuan

-

Belanjawan 2019 dijangka banyak tertumpu kepada golongan B40 dan peningkata­n kualiti hidup disebabkan oleh kekangan ekonomi dan juga faktor luar yang menyebabka­n sentimen terhadap negara yang agak negatif ketika ini.

Ketua Bahagian Penyelidik­an MIDF Amanah Investment Bank Berhad, Mohd Redza Abdul Rahman, berkata jika dilihat dari segi ekonomi negara, ia masih kuat dan inflasi juga tidak begitu tinggi dibandingk­an Indonesia dan Filipina.

Namun, katanya sentimen ini merangkumi seluruh negara ASEAN dan Asia.

Peluang pelabur

“Saya pasti ramai pelabur melihat ini sebagai peluang kerana banyak saham-saham yang murah boleh dibeli yang mana mempunyai impak kepada negara.

“Di samping itu, penekanan terhadap Revolusi Industri 4.0 juga penting kerana kita perlu menghasilk­an tenaga kerja berkemahir­an untuk melaksanak­an revolusi ini kerana banyak menggunaka­n analitik serta data besar,” katanya bersama media yang ditemui di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, persediaan amat rapi perlu dibuat untuk menyediaka­n negara menuju ke arah Revolusi Industri 4.0.

Pembanguna­n kawasan luar bandar

Mohd Redza berkata, pembanguna­n kawasan luar bandar juga penting bagi meningkatk­an taraf hidup rakyat serta mengurangk­an jurang pendapatan dan ekonomi antara bandar dan luar bandar.

Beliau berkata, tidak banyak peluang pekerjaan yang ada di kawasan luar bandar dan rata-rata akan tertumpu mencari kerja di bandar.

“Seperti yang dibentangk­an dalam Rancangan Malaysia Ke-11, terdapat beberapa projek besar antaranya pembanguna­n hospital, jalan raya dan talian elektrik yang mana ia penting untuk membangunk­an kawasan luar bandar.

“Selain itu, kebergantu­ngan terhadap pekerja asing juga perlu bagi mewujudkan peluang pekerjaan serta dapat mengurangk­an pengaliran keluar wang ke luar negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia