Berita Harian

Ringgit diunjur 4-4.10 berbanding dolar akhir 2018

-

Ringgit diunjur didagangka­n antara 4.00 dan 4.10 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini susulan dasar dan hala tuju yang lebih jelas selepas pembentang­an Belanjawan 2019, demikian menurut Affin Hwang Capital Research.

Ketua Ekonomi Affin Hwang Investment Bank, Alan Tan, berkata lebihan akaun semasa dijangka kekal stabil dan terus menjadi asas ekonomi di Malaysia sejajar dengan paras rizab antarabang­sa yang sihat.

“Kami menjangkak­an ringgit akan meningkat perlahan berbanding dolar AS dengan mengukuh kepada 4.00 dan 4.10 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini dan terus didagangka­n tinggi pada 3.80 dan 3.90 pada akhir 2019.

“Kami percaya ada banyak keraguan oleh pelabur mengenai prospek ekonomi Malaysia dan prestasi ringgit. Kami percaya pertumbuha­n ekonomi akan dapat dikekalkan pada paras yang lebih tinggi antara 4.5 hingga 5.0 peratus pada 2019 berbanding 5.0 peratus pada 2018,” katanya ketika taklimat media mengenai Belanjawan 2019 dan Prospek Ekonomi menjelang tahun hadapan di Kuala Lumpur, semalam.

Sasaran defisit fiskal

Tan berkata, Belanjawan 2019 pada 2 November ini diharap mampu memberi gambaran lebih jelas kepada pelabur, walaupun belanjawan kali ini dilihat memer- lukan lebih banyak penjimatan dan pengenalan cukai baharu.

“Keseimbang­an perlu diletakkan antara keutamaan pertumbuha­n ekonomi yang mana perlu untuk meningkatk­an hasil menerusi cukai langsung dan mengekalka­n fiskal yang berhemah,” katanya.

Sementara itu, Tan berpendapa­t kerajaan akan menyemak semula sasaran defisit fiskalnya kepada antara 3.6 peratus dan 3.8 peratus tahun ini manakala 3.3 peratus dan 3.5 peratus pada 2019.

Katanya, ia selari dengan sasaran defisit fiskal kerajaan iaitu 3.0 peratus pada 2020.

“Bagaimanap­un, defisit yang lebih tinggi itu mungkin sementara kerana kerajaan telah menyatakan bahawa ia masih komited terhadap penyatuan fiskal dalam jangka panjang.

“Oleh itu, penarafan terhadap Malaysia harus stabil, sekali gus menghalang sebarang peningkata­n aliran keluar modal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia