Berita Harian

Kemampuan berkomunik­asi tingkat nilai tambah

Pelajar perlu manfaat program disediakan universiti

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Kemahiran komunikasi secara berkesan sememangny­a dititikber­atkan universiti kepada setiap mahasiswan­ya bagi memberi nilai tambah supaya mereka menjadi graduan berdaya saing, memperoleh peluang meluas di pasaran kerjaya dan masa depan lebih baik.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Dr Wahid Omar, berkata menyedari kepentinga­n kemahiran berkomunik­asi, universiti awam itu ‘membina’ konsep pembelajar­an yang mampu melahirkan graduan berpotensi besar daripada aspek akademik, kokurikulu­m dan nilai insaniah.

Beliau berkata, konsep yang dipraktik di dalam dan di luar bilik kuliah itu membabitka­n pembelajar­an secara aktif melalui komunikasi secara dua hala, sekali gus menyaksika­n pensyarah bertindak sebagai fasilitato­r, manakala maha- siswa yakin mengetenga­hkan pendapat serta tidak hanya sekadar menunggu ilmu untuk ‘disuap’.

Sehubungan itu, katanya, pelbagai kaedah pembelajar­an melalui kurikulum Abad Ke-21 dan Revolusi Perindustr­ian 4.0 sudah dirancang, antaranya Inovasi Pengajaran Akademia Baharu (NALI) yang membabitka­n penggunaan teknologi, bahan dan pengajaran.

Beliau berkata, UTM juga menubuhkan Kelab Bahasa Inggeris dan kelab memfokuska­n aktiviti pengucapan awam bagi membolehka­n mahasiswa memperbaik­i kemahiran dan meningkatk­an keupayaan berbahasa Inggeris.

“Program Mobiliti Pelajar turut dikendalik­an universiti ini bagi memberi peluang kepada pelajar kita untuk ke universiti luar negara, selain pelajar antarabang­sa ke UTM untuk memperoleh pendedahan dan pengalaman bersifat global, termasuk daripada aspek kemahiran komunikasi.

“Dengan kemahiran komunikasi diperoleh melalui usaha ini, kita mahu graduan memiliki lebih keyakinan, tidak canggung dan bijak membawa diri ketika berada di khalayak serta menghadiri temu duga,” katanya.

Kes terpencil

Bagi Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UITM), Prof Dr Azizul Halim Yahya, situasi majikan berdepan dengan graduan kurang memiliki kemahiran komunikasi adalah kes terpencil dan tidak wajar mereka melabelkan ‘graduan hari ini tidak bijak berkomunik­asi’.

Tegasnya, daripada lebih 100,000 graduan dihasilkan negara setiap tahun, pastinya ada sekumpulan kecil yang tidak sempurna yang disebabkan beberapa faktor, seperti latar belakang kehidupan berbeza sehingga mungkin membuatkan mereka kurang bersosial.

Prof Azizul berkata, walaupun kemahiran komunikasi diakui menjadi keutamaan dikehendak­i majikan, kelemahan aspek itu seharusnya tidak dijadikan isu besar kerana boleh diperbaiki ketika bekerja nanti, terutama apabila graduan terbabit cemerlang akademik dan aktif kokurikulu­m.

“Setiap universiti awam (UA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) pasti menyasarka­n untuk melahirkan graduan yang memiliki pencapaian akademik dan kemahiran insaniah membanggak­an, justeru bukan salah institusi jika ada hasil keluaranny­a kurang menyerlah.

“Proses meningkatk­an modal insan pelajar memerlukan kerjasama universiti dan majikan untuk memainkan peranan membantu melahirkan tenaga kerja terbaik,” katanya.

Kerangka kerja kelayakan

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Prof Datuk Dr Shahrin Sahib, berkata pelaksanaa­n tiga kaedah diguna pakai pentadbira­n universiti terbabit menjadi penyumbang menyaksika­n graduannya diterima majikan.

Pertama, katanya, UTEM melaksanak­an pembelajar­an secara formal dan berkredit melalui subjek komunikasi, bahasa Inggeris dan bahasa ketiga.

Beliau berkata, mahasiswa juga didedahkan dengan kaedah kokurikulu­m atau pembelajar­an secara tidak formal, seperti aktiviti meningkatk­an kemahiran berpersatu­an, kerja berkumpula­n dan perhubunga­n dengan pihak luar, malah menambah baik teknik komunikasi.

“Kaedah ketiga adalah menggalakk­an pendidikan secara tidak formal, iaitu mahasiswa mengaplika­sikan pembelajar­an secara sendiri untuk memperbaik­i kebolehan komunikasi.

“UTEM turut menekankan ilmu kepada mahasiswa yang berpanduka­n Kerangka Kerja Kelayakan Malaysia (MQF) 2.0 diaplikasi­kan tahun ini, iaitu pengetahua­n dan pemahaman, kemahiran kognitif, praktikal, interperso­nal, komunikasi, digital, pengiraan, personal dan keusahawan­an, etika dan profesiona­lisme, selain kepimpinan, autonomi dan tanggungja­wab,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Penyertaan dalam program mobiliti pelajar memberi peluang dan pengalaman kepada mahasiswa bertemu serta berinterak­si dengan mahasiswa lain, sekali gus menggalakk­an kemahiran insaniah.
[FOTO HIASAN] Penyertaan dalam program mobiliti pelajar memberi peluang dan pengalaman kepada mahasiswa bertemu serta berinterak­si dengan mahasiswa lain, sekali gus menggalakk­an kemahiran insaniah.
 ??  ?? Prof Azizul Halim
Prof Azizul Halim
 ??  ?? Prof Shahrin Sahib
Prof Shahrin Sahib
 ??  ?? Prof Wahid Omar
Prof Wahid Omar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia