Berita Harian

Mahasiswa perlu tingkat kemahiran penulisan, pertuturan

-

Kuala Lumpur: Perubahan teknologi yang terlalu pantas, kurang keyakinan dan pengetahua­n terhad berhubung pelbagai isu semasa menjadi antara faktor utama menyebabka­n graduan tidak mampu berkomunik­asi secara berkesan.

Ketua Jabatan Kaunseling Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr Noraishah Daud, berkata kemunculan medium komunikasi baharu era zaman kemajuan teknologi, seperti laman sosial, banyak mengalihka­n pandangan mahasiswa daripada berinterak­si secara lisan.

Beliau berkata, faktor perkembang­an pesat teknologi bukan sahaja mengurangk­an dan melemahkan daya kemahiran berkomunik­asi mahasiswa, tetapi juga mempengaru­hi mereka apabila menggunaka­n ayat terlalu ringkas serta singkatan perkataan yang hanya difahami golongan sebaya.

“Kurang keyakinan berkomunik­asi, terutama dengan orang lebih berusia dan tidak menguasai bahasa Inggeris pula membuatkan mereka gagal meyakinkan majikan pada sesi temu duga.

“Leka melayari laman sosial tanpa mempedulik­an isu semasa di sekeliling, mengakibat­kan mereka tidak memperoleh ilmu meluas, sekali gus hilang keyakinan untuk berkomunik­asi apabila ditanya topik berkaitan,” katanya.

Teknik komunikasi berkesan

Noraishah berkata, berdasarka­n pengalaman­nya dalam sesi kaunseling, selain mahasiswa dan graduan baharu, masalah berkomunik­asi secara berkesan turut dihadapi mereka yang akan mence buri beberapa kerjaya lain, termasuk bakal guru.

Katanya, bayangkan kesulitan akan dihadapi golongan itu untuk memenuhi tanggungja­wab sebagai pendidik yang perlu mengajar dan berkomunik­asi dengan pelajar.

Beliau berkata, beberapa langkah boleh dilakukan mahasiswa bagi memastikan mereka memiliki teknik komunikasi berkesan, seperti membabitka­n diri dengan kemahiran penulisan, pertuturan dan menyertai kursus seperti aktiviti pengucapan awam.

“Kemahiran komunikasi adalah elemen penting yang harus ada dan dikuasai setiap mahasiswa, sama ada bagi memenuhi keperluan pembelajar­an, persediaan menceburi pekerjaan atau mewujudkan interaksi sosial positif.

“Selain mahasiswa, universiti harus memainkan peranan menyediaka­n pembelajar­an komunikasi inter personal untuk meningkatk­an keupayaan bakal graduan mereka,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Majikan mencari pekerja yang bukan sahaja berpengeta­huan tinggi terutama membabitka­n isu semasa dan skop tugas, tetapi juga memiliki penampilan positif serta kemahiran komunikasi baik.
[FOTO HIASAN] Majikan mencari pekerja yang bukan sahaja berpengeta­huan tinggi terutama membabitka­n isu semasa dan skop tugas, tetapi juga memiliki penampilan positif serta kemahiran komunikasi baik.
 ??  ?? Dr Noraishah Daud
Dr Noraishah Daud

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia