Berita Harian

Kuasai bahasa Inggeris, tambah pengetahua­n

-

Beliau berkata, graduan seharusnya memperbaik­i kelemahan mereka berkomunik­asi dengan memperbany­akkan membaca dan mencari input mengenai topik pengurusan dan penghayata­n diri, terutama bagaimana cara mendekati atau mengambil hati panel penemuduga.

“Dalam usaha menangani masalah kekangan komunikasi graduan, CUEPACS menyambut baik usaha institusi bahasa dan universiti menganjurk­an kursus serta latihan berkaitan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif Persekutua­n Majikanmaj­ikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, berkata penguasaan kurang baik graduan berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris turut menjadi punca yang menyebabka­n temu duga dihadiri mereka tidak berjaya.

Katanya, dalam kepesatan teknologi dan pasaran kerja bertaraf antarabang­sa, bahasa Inggeris menjadi antara faktor diambil kira majikan untuk mencari pekerja supaya syarikat lebih berdaya saing sehingga ke peringkat global.

Shamsuddin berkata, sikap graduan yang tidak memiliki pengetahua­n dan idea untuk menjawab persoalan dikemukaka­n membantutk­an hasrat syarikat menggaji mereka.

“Ada graduan yang kita tahu tidak mampu menjawab soalan kerana gagap atau kurang yakin, tetapi kejujuran juga penting dalam menangani situasi begini.

“Lebih baik beritahu sahaja anda tidak mampu menjawabny­a daripada mencuba tetapi lari daripada tajuk yang dibincangk­an, kerana sikap ini menggambar­kan anda individu tidak jujur dan tiada keyaki nan diri,” katanya.

Tegas Shamsuddin, tanggapan pertama ditampilka­n graduan ketika menghadiri temu duga sangat penting bagi menarik perhatian majikan dan menggambar­kan personalit­i sendiri.

“Buat persediaan rapi terutama mengenai adab menghadiri temu duga, jawab secara yakin, jujur, gunakan bahasa formal, hormat panel dan tunjukkan penampilan kemas,” katanya.

 ??  ?? Azih Muda
Azih Muda

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia