Berita Harian

Menghargai budaya, kesenian masyarakat Cina

-

Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTEM), baru-baru ini menganjurk­an Festival Kuih Bulan bagi memberi peluang kepada masyarakat berbilang bangsa menyaksika­n, mengetahui dan menghargai kebudayaan serta kesenian kaum Cina.

Acara dianjurkan melalui Kelab Kebudayaan dan Kesenian Cina dengan sokongan Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) UTEM itu diadakan di sebuah pusat beli-belah di Banda Hilir Melaka.

Naib Canselor UTEM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib, berkata festival kali ke-11 itu menyaksika­n pelbagai aktiviti berkaitan kebudayaan dan kesenian Cina dijalankan, termasuk pertanding­an catur cina, malam kebudayaan dan makanan popular masyarakat itu.

“Penganjura­n acara ini cukup baik bukan sahaja bagi mendedahka­n pengunjung dengan kecantikan dan memperkena­lkan warisan masyarakat di Malaysia, tetapi juga mengekalka­n tradisi dalam kalangan generasi muda.

Perkongsia­n budaya

“Saya berharap program ini dapat dijadikan acara tahunnan dalam menggalakk­an perkongsia­n budaya, memandangk­an Malaysia adalah sebuah negara majmuk,” katanya ketika berucap pada Majlis Pembukaan Festival Kuih Bulan itu.

Majlis perasmian itu disempurna­kan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

Yang turut hadir, Penolong Naib Canselor Pembanguna­n dan Pengurusan Fasiliti yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof Dr Mohd Ridzuan Nordin.

Prof Shahrin berkata, acara itu turut menawarkan peluang kepada mahasiswa daripada pelbagai kaum untuk bersama-sama mengendali­kan aktiviti yang sudah diatur.

“Dengan pembabitan ini, pelajar dapat memupuk semangat perpaduan dan merapatkan hubungan yang sedia terjalin,” katanya.

 ??  ?? Prof Shahrin (empat dari kanan) menyampaik­an cederamata kepada Poay Tiong (dua, kiri).
Prof Shahrin (empat dari kanan) menyampaik­an cederamata kepada Poay Tiong (dua, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia