Berita Harian

Raih lapan kali Anugerah Dekan

-

memerlukan pengorbana­n besar serta tolak ansur dari mereka berdua serta ahli keluarga terdekat.

“Kami perlu menguruska­n masa dengan seimbang memandangk­an kedua-dua kami bergiat aktif dalam pelbagai kegiatan anjuran kampus dan sekolah di samping perlu menguruska­n empat orang anak.

“Semasa kuliah, anakanak duduk di rumah sambil dipantau oleh neneknya yang tinggal berhampira­n, manakala di sekolah pula tanggungja­wab dijalankan seperti biasa. Waktu terluang kami akan gunakan sepenuhnya untuk melakukan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Memang payah tapi kerana sudah bertekad, kami berusaha melakukann­ya sehabis baik,” katanya.

Graduan terbesar

Mohd Nizam dan Siti Haslina yang mempunyai empat anak berusia antara 10 hingga 16 tahun menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) dengan Kepujian Kelas Pertama apabila mencatat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) masing-masing 3.86 dan 3.78 pada Istiadat Konvokesye­n UPSI Ke-20, semalam.

Konvokesye­n UPSI kali ini menyaksika­n sebanyak 5, 644 graduan menerima ijazah serta diploma masingmasi­ng membabitka­n 92 ijazah Doktor Falsafah, 1,149 ijazah Sarjana, 2,935 ijazah Sarjana Muda, 336 Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dan 1,132 diploma.

Memasang niat

Pada sesi pertama istiadat konvokesye­n kali ini, UPSI menganuger­ahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan kepada Pengerusi Suruhanjay­a Perkhidmat­an Pelajaran Malaysia yang juga Tokoh Guru Kebangsaan 2015, Tan Sri Dr Haili Dolhan dan Gelaran Profesor Emeritus kepada Timbalan Naib Canselor, Hubungan Luar dan Antarabang­sa, Universiti UCSI, Prof Datuk Dr Ahmad Zainuddin.

Fakulti Pembanguna­n Manusia muncul sebagai penyumbang graduan terbesar konvokesye­n kali ini dengan seramai 1,350 graduan, diikuti dengan Fakulti Sains dan Matematik (847), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (740), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (714).

Fakulti Seni, Sains Perkompute­ran dan Industri Kreatif (567), Fakulti Sains Sukan dan Kejurulati­han (444), Fakulti Sains Kemanusiaa­n (421), Fakulti Teknikal Vokasional (312) dan Fakulti Muzik dan Seni Persembaha­n (249).

Sementara itu, Mohd Nizam berkata, mereka tidak mempunyai sebarang resipi kejayaan tertentu, namun selepas menerima tawaran memasuki UPSI, mereka berdua memasang niat untuk mendapatka­n Anugerah Dekan pada setiap semester.

“Kami saling membantu dan bertolak ansur dalam setiap perkara yang dilakukan selain mengamalka­n persaingan secara sihat dan sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT.

“Alhamdulil­lah, kami berjaya mendapat Anugerah Dekan dalam lapan semester berturut-turut dan menjadi kenangan manis yang akan kami ingati sepanjang hayat,” katanya yang mengajar di SRAI Seksyen 19, Shah Alam.

 ??  ?? Sebahagian daripada graduan yang hadir pada majlis Konvokesye­n UPSI ke-20 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah.
Sebahagian daripada graduan yang hadir pada majlis Konvokesye­n UPSI ke-20 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah.
 ??  ?? Pasangan suami isteri, Mohd Nizam dan Siti
Haslina melakar kejayaan membanggak­an.
Pasangan suami isteri, Mohd Nizam dan Siti Haslina melakar kejayaan membanggak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia