Berita Harian

Cacat penglihata­n bukanpengh­alang kejayaan

-

Tanjung Malim: Cacat penglihata­n yang dialami sejak berusia tujuh tahun bukan penghalang kepada Tan Jen Win, 25, untuk menjadi graduan cemerlang sehingga membolehka­nnya menggengga­m segulung Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) pada Istiadat Konvokesye­n Ke-20 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), kelmarin.

Jen Win berkata, berbekalka­n semangat tidak berputus asa dan menganggap kehidupan sebagai satu perjuangan, beliau terharu dengan kejayaanny­a mengharung­i tempoh tiga tahun pengajian TESL meskipun terpaksa berdepan pelbagai rintangan termasuk mengubah corak pembelajar­an berbanding pelajar biasa.

“Jika pelajar lain memberi perhatian semasa pensyarah menulis sesuatu di atas papan putih semasa di kuliah, saya pula yang rabun dan menghadapi masalah silau teruk hanya boleh mendengar apa yang pensyarah sebutkan dan terpaksa menyalin nota rakan selepas itu.

“Pada awal kemasukan ke universiti saya pernah berasa segan untuk berkawan dengan rakan lain disebabkan ‘kekurangan’ diri yang dia- lami, khuatir mungkin tidak diterima umum, namun selepas itu dapat menyesuaik­an diri menerusi bantuan dua rakan serumah,” katanya yang meraih purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.60.

Mahu menyumbang

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, ibu bapa serta dua kakaknya menjadi pendorong paling istimewa dalam apa yang dikecapiny­a kerana mereka sentiasa memberi semangat kepadanya untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Ayah turut membelikan saya kanta elektronik berharga hampir RM4,000 bagi memudahkan saya untuk membaca dan mengulang kaji pelajaran,” katanya.

Graduan kelahiran Kuala Lipis itu turut meminta golongan orang kelainan upaya (OKU) sepertinya supaya berdikari dan usah segan dalam mencari pengalaman kerana kejayaan tidak datang sendiri.

“Jika diberi peluang, saya mahu menjadi pendidik dan mengajar di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihata­n) Setapak kerana di situlah saya pernah menjalani praktikal dan mahu terus menyumbang kepada golongan senasib,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia