Berita Harian

Bina kerjaya perhotelan bertaraf dunia

Universiti Taylor's, Hilton jalin pakatan strategik laksana dua program bina kerjaya pelajar

- Oleh Nor Azma Laila

Bagi melahirkan graduan berkemahir­an tinggi dan sedia untuk membina kerjaya dalam industri pengurusan hotel, Universiti Taylor’s menjalin kerjasama dengan rangkaian hotel global yang terkenal iaitu Hilton, baru-baru ini.

Kerjasama yang dijalin bagi tujuan pembanguna­n bakat itu dimeterai melalui majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) pakatan strategik antara Hilton dengan Universiti Taylor’s di bawah Program Guna Tenaga Pelajar (STEP) dan Program Pengurus Besar Masa Depan (GEM).

Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik Universiti Taylor’s, Prof Dr Pradeep Nair, berkata kerjasama itu akan memberi banyak manfaat kepada semua pihak yang terbabit terutama pelajar.

Beliau berkata, kira-kira 55 pelajar sudah menyertai Hilton untuk STEP dan ramai yang masih membina kerjaya bersama Hilton di merata pelusuk dunia.

“Hilton ialah organisasi yang sesuai untuk pelajar menunjukka­n bakat dan kebolehan dengan melakukan sedaya upaya dan menimba pengalaman berharga serta membina kerjaya dalam industri hospitalit­i pada masa depan,” katanya.

Melalui program itu, 15 pelajar program pengajian Sarjana Muda Pengurusan Hospitalit­i (Kepujian) di Universiti Taylor’s terpilih untuk menyertai Hilton di bawah program STEP dan GEM, dengan tujuan untuk mendapatka­n pekerjaan dalam syarikat hospitalit­i terkenal di dunia sebelum menamatkan pengajian.

Lahir bakat terbaik

Hilton sebagai syarikat hospitalit­i global terkenal, dengan portfolio 14 jenama bertaraf dunia merangkumi lebih 5,400 hartanah dan mempunyai hampir 880,000 bilik di 106 negara dan wilayah, bekerjasam­a dengan Universiti Taylor’s untuk program STEP buat kali kedua dan GEM buat kali pertama pada tahun ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Serantau Hilton Malaysia, Jamie Mead, berkata Hilton komited untuk mengambil satu juta anak muda di seluruh dunia untuk mengisi keperluan tenaga kerja menjelang 2019 malah syarikat itu sudah melabur banyak masa dan wang untuk membangunk­an anak muda yang ingin berjaya serta menyerlahk­an potensi mereka dalam industri hospitalit­i.

Katanya, Pusat Pengajian Hospitalit­i, Pelanconga­n dan Acara Universiti Taylor’s yang mempunyai pelajar dari 84 negara adalah ibarat inkubator yang boleh mencungkil dan melahirkan bakat terbaik dalam kelasnya, bukan sahaja untuk Malaysia, tetapi juga untuk negara lain seperti Indonesia, China dan Australia.

“Hilton mengalu-alukan penyertaan pelajar Universiti Taylor’s ke hotel kami. Saya percaya pakatan ini akan mengukuhka­n lagi hubungan kami yang sudah sedia terjalin.

“Hilton menawarkan peluang, pengetahua­n dan pengalaman untuk mereka belajar dan mempersiap­kan diri bagi menjadi pemimpin hari esok dalam industri hospitalit­i,” katanya.

Peluang keemasan

Dekan Eksekutif Fakulti Sains Sosial & Pengurusan Riadah Universiti Taylor’s, Dr Neethiahna­nthan Ari Ragavan pula berkata, program itu menawarkan peluang keemasan kepada pelajar untuk menceburi industri hospitalit­i.

“Industri hospitalit­i ialah industri terbesar di dunia dan mengambil paling ramai pekerja setiap tahun manakala pelanconga­n ialah industri nombor dua bagi setiap negara di rantau ini.

“Pelajar STEP dan GEM berpeluang memulakan kerjaya dua tahun lebih awal dan akan dapat terus bekerja di seluruh dunia dan membina kerjaya yang cemerlang selepas menamatkan pengajian,” katanya.

 ??  ?? (Dari kiri ke kanan) Dr Neethiahna­nthan Ari Ragavan, Prof Pradeep, Jamie Mead dan Pengarah Sumber Manusia Hilton Malaysia, J Shamala Krishnan ketika majlis menandatan­gani MOU kerjasama strategik disubang Jaya baru-baru ini.
(Dari kiri ke kanan) Dr Neethiahna­nthan Ari Ragavan, Prof Pradeep, Jamie Mead dan Pengarah Sumber Manusia Hilton Malaysia, J Shamala Krishnan ketika majlis menandatan­gani MOU kerjasama strategik disubang Jaya baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia