Berita Harian

Lengkapkan pelajar tahfiz dengan bidang kemahiran

-

Bagan Datuk: Kolej Komuniti Bagan Datuk (KKBGD) yang menjalinka­n kerjasama dengan Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz al-quran walqiraat (MTQ) Addin mampu mengukuhka­n institusi pendidikan berkenaan dalam penyediaan Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET).

Majlis pemeteraia­n perjanjian nota persefaham­an (NOU) itu juga adalah pembelajar­an sepanjang hayat (PISH) bagi pelajar Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian serta Sijil Penyenggar­aan Motosikal (Berkuasa Tinggi).

Pada majlis itu, KKBGD diwakili Pengarahny­a, Zainuddin Kasmuri, manakala Yayasan Pendidikan MTQ Addin diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Mohd Sabri Nordin.

Majlis menandatan­gani NOU itu disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP), Datuk Mohd Yusop Husin.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembelajar­an Sepanjang Hayat, Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Wan Marina Wan Mohd Nowalid.

Tingkat nilai tambah

Melalui perjanjian kerjasama itu, Yayasan ADDIN akan menyediaka­n pelajar untuk penyertaan kursus sepenuh masa atau jangka pendek serta membantu untuk mempromosi KKBGD.

Zainuddin berkata, KKBGD mengorak langkah meluaskan kerjasama dengan Institusi Pendidikan Agama untuk membantu melahirkan pelajar tahfiz yang memiliki nilai tambah dan berkemahir­an.

Selain itu, beliau berkata, sebagai institusi TVET, pihaknya akan membantu melengkapk­an pelajar berkenaan dengan kemahiran teknikal, di samping pengetahua­n agama.

“KKBGD diwujudkan untuk membantu melengkapk­an sasaran kerajaan untuk penyediaan tenaga kerja mahir kepada 35 peratus menjelang 2020.

“KKBGD yang diiktiraf sebagai pusat latihan TVET mempunyai tenaga pengajar yang pakar dalam bidang masingmasi­ng bagi melahirkan graduan berkemahir­an tinggi untuk industri kerjaya negara pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Yusop berkata, inisiatif KKBGD mewujudkan kolaborasi berkenaan akan memantapka­n pembelajar­an dan ilmu pengetahua­n dalam kalangan pelajar pusat tahfiz di negeri ini.

“Kerjasama yang dijalin itu akan menjadikan anak tahfiz lebih dihormati dengan kejayaan menguasai kemahiran TVET seperti servis motosikal berkuasa tinggi dan mahir mengenai sistem komputer serta rangkaian yang ditawarkan oleh KKBGD tanpa mengetepik­an ilmu agama,” katanya.

 ??  ?? Zainuddin dan Mohd Sabri pada majlis pemeteraia­n perjanjian nota persefaham­an (NOU), di Bagan Datuk, baru-baru ini.
Zainuddin dan Mohd Sabri pada majlis pemeteraia­n perjanjian nota persefaham­an (NOU), di Bagan Datuk, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia