Berita Harian

Usahawanmu­da

-

asam pedas, sup, kari, masak lemak dan rendang ayam atau daging.

Harga yang dikenakan pula berdasarka­n kuantiti lauk yang ingin dimasak oleh pelanggan iaitu RM7 untuk rempah rendang bagi seekor ayam atau sekilo daging.

Memudahkan pelanggan

Intan Nadila berkata, setiap rempah yang dijual dihasilkan sendiri berasaskan resipi tradisi keluarga menggunaka­n pelbagai jenis bahan segar, termasukla­h bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas, rempah ratus yang diperlukan dalam setiap masakan Minang.

“Semua bahan yang sudah dikisar ini akan dibawa ke pasar pagi untuk dijual dan sekiranya pelanggan mahukan rempah untuk rendang daging, saya akan campurkan semua rempah yang diperlukan dan bungkus dalam satu pek untuk dijual kepada mereka.

“Konsep ini memudahkan pelanggan kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk menyediaka­n segala bahan atau rempah ratus yang diperlukan sebaliknya cuma perlu menumis atau masak rempah berkenaan mengikut jenis masakan yang diinginkan,” katanya.

Berkongsi mengenai cabaran berniaga rempah ratus yang agak berbeza berbanding pelajar lain, Intan Nadila berkata sudah tentunya produk bahan basah itu tidak tahan lama sekali gus menyebabka­n beliau tidak boleh menawarkan perkhidmat­an pos untuk pelanggan yang berminat.

“Selain itu, bergelar usahawan muda dan pelajar, saya perlu bijak membahagik­an masa antara pelajaran dengan perniagaan tetapi setakat ini saya tidak berdepan sebarang kesukaran untuk menguruska­n kedua-duanya kerana mendapat bantuan daripada keluarga,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Intan Nadila (kanan) menjual rempah asli Minang di Pasar Pagi Beranang.
Intan Nadila (kanan) menjual rempah asli Minang di Pasar Pagi Beranang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia