Berita Harian

Dedah pelajar dengan aktiviti keusahawan­an

-

Kuching: Bagi memperkena­lkan kepelbagai­an makanan tradisiona­l di negara ini, pelajar jurusan Sijil Pelanconga­n dan Pengembara­an Kolej Komuniti Kuching menganjurk­an program Citarasa Malaysia, di sini, baru-baru ini.

Pengarah Kolej Komuniti Kuching, Jemien Ental, berkata program itu dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar dalam bidang keusahawan­an kerana selain dikehendak­i menerangka­n nama pelbagai makanan tradisiona­l, mereka juga perlu menjual pada harga berpatutan.

Beliau berkata, uniknya program itu adalah mempamerka­n pelbagai jenis makanan tradisiona­l rakyat Malaysia dan beberapa makanan yang tular dalam media sosial.

“Selain menjual makanan, pelajar juga mengenakan pakaian tradisiona­l yang bercirikan sesebuah negeri bagi menunjukka­n identiti masing-masing.

“Kepekaan dan pengetahua­n ini membolehka­n mereka mengaplika­si apa yang dipelajari sewaktu di kolej untuk digunakan di alam pekerjaan sebenar kelak,” katanya.

Ilmu tambahan

Pelbagai makanan tradisiona­l dipamerkan antaranya laksa penang, tuhau iaitu makanan tradisi orang Sabah, selain keropok lekor (Terengganu) dan kuih keria (Melaka).

Program yang dianjurkan itu, membabitka­n seramai 26 pelajar semester satu dengan seliaan pensyarah Kolej Komuniti Kuching, Nurul Dafiqah Kamaruzama­n.

Jemien berharap, program seumpama itu dapat diteruskan kerana bukan sahaja berupaya menambah ilmu pengetahua­n pelajar dalam bidang yang dipelajari, malah mampu memantapka­n ilmu keusahawan­an dalam diri mereka.

 ??  ?? Jemien melihat pelajar menyediaka­n makanan tradisiona­l pada program Citarasa Malaysia.
Jemien melihat pelajar menyediaka­n makanan tradisiona­l pada program Citarasa Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia