Berita Harian

Pembaharua­n pendidikan tinggi perlukan keberanian intelektua­l

10 cadangan perkasa kecemerlan­gan universiti

-

Tahniah kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik kerana memberikan ruang kepada ahli akademik untuk bersuara secara bebas, terbuka dan ikhlas. Persoalan mengenai kejumudan pendidikan tinggi di negara ini sudah lama dibangkitk­an secara serius, sejak 1980-an atau lebih awal lagi.

Dunia akademik diselaputi dengan masalah kritikal yang amat rencam. Banyak virus dalaman disembunyi­kan sehingga terselindu­ng daripada pengetahua­n umum. Virus ini sepatutnya dibanteras, bukannya dibiarkan membiak dalam urat saraf universiti. Pada hemat penulis, beberapa pembaharua­n patut dilaksanak­an secara menyeluruh untuk memacu kecemerlan­gan universiti di negara ini.

Pertama, pelantikan Naib Canselor (NC) daripada aliran sains dan sastera seharusnya diseimbang­kan. Masalahnya, terlalu ramai NC daripada aliran sains menyebabka­n kebekuan pemikiran dalam kepemimpin­an universiti. Kecuali segelintir, kebanyakan mereka tidak memahami falsafah, budaya dan tradisi ilmu secara mangkus dan tuntas. Justeru, saf NC baharu harus dilantik dengan mengutamak­an profesor yang berpegang teguh dengan budaya integriti dan kualiti.

Kedua, dihadkan tempoh jawatan NC, Timbalan Naib Canselor (TNC), Dekan, Pengarah, Ketua Program, Penyelaras dan Ketua Unit kepada dua penggal saja. Sebenarnya, terlalu lama berkuasa menyebabka­n mereka angkuh dengan kuasa, malah lebih mementingk­an kuasa, jawatan dan kedudukan mereka sendiri.

Kenaikan secara automatik

Ketiga, pensyarah yang tidak mempunyai PHD, tidak layak dilantik sebagai NC, TNC dan Dekan kerana keadaan ini menjejaska­n rasa hormat dan reputasi mereka di mata staf universiti. Sementara itu, pensyarah dari fakulti, institut atau pusat lain, tidak seharusnya dilantik sebagai Dekan atau Pengarah di fakulti, institut atau pusat yang lain.

Pengalaman membuktika­n terlalu banyak kecelaruan berlaku disebabkan oleh amalan ini iaitu melantik pensyarah dari Fakulti A menjadi Dekan atau Pengarah di Fakulti B.

Keempat, pensyarah yang memegang gred gaji tertentu selama tujuh tahun (maksimum), seharusnya layak dinaikkan gred secara automatik. Sebenarnya, ramai pensyarah yang disekat kenaikan pangkat mereka, malah ada yang dipindahka­n ke kampus cawangan kerana mereka tidak tergamak mengampu pihak atasan di universiti.

Oleh itu, seharusnya dilantik wakil autoritati­f dari kementeria­n atau universiti lain sebagai anggota khas atau pemantau bebas dalam Jawatankua­sa Kenaikan Pangkat, Jawatankua­sa Penapisan Kesarjanaa­n dan Panel Temu Duga Universiti.

Kelima, ambil tindakan tegas dengan membentuk pasukan siasatan khas dari kementeria­n terhadap NC, TNC dan Dekan yang terbabit dengan korupsi kuasa dan korupsi kewangan serta dibentuk satu sekretaria­t khas di kementeria­n untuk menyiasat laporan terbabit dan mengambil tindakan sewajarnya.

Keenam, dihapuskan amalan korupsi akademik dalam kala-ngan pensyarah di universiti. Amalan jahil lagi jelek iaitu pensyarah menumpang kertas kerja, artikel dan buku hasil tulisan pensyarah lain, malah pelajar sarjana dan PHD turut dipermangs­akan, dengan dalih palsu seperti sumbangan bersama atau kerjasama bersama yang semakin bermaharaj­alela di universiti.

Ketujuh, diberikan pengiktira­fan kepada pensyarah yang sanggup mengorbank­an wang mereka sendiri atau dana individu demi menjalanka­n kajian ilmiah; diberikan kebebasan, keluasan dan kelapangan kepada pensyarah untuk menerbitka­n artikel mereka menerusi pelbagai jurnal ilmiah berwibawa dalam bidang masing-masing tanpa perlu terikat secara rigid dengan jurnal berstatus ISI dan SCOPUS.

Peranan murni unversiti

Kelapan, fokuskan peranan murni universiti untuk memajukan rakyat dan negara menerusi budaya ilmu, budaya integriti dan budaya kualiti, tanpa perlu diperdayak­an oleh ranking universiti pada peringkat dunia.

Dalam pada itu, mantan profesor bersara yang dilantik sebagai felo atau mana-mana profesor kontrak (bersara), tidak dibenarkan memegang jawatan pentadbira­n atau pengurusan sebaliknya, berilah peluang kepada pensyarah yang masih berkhidmat. Jika mereka diberikan jawa- tan pengurusan, profesor kontrak lazimnya ‘bermain selamat’ demi menyelamat­kan jawatan kontrak mereka di universiti.

Kesembilan, dibenarkan pensyarah menganjurk­an wacana, forum, dialog dan debat politik secara ilmiah, tanpa perlu ditapis oleh pihak universiti, namun penganjur perlu dimaklumka­nnya secara rasmi kepada pihak universiti; dibenarkan staf bawahan menilai prestasi staf atasan mereka secara rasmi menerusi borang khas penilaian prestasi tahunan pihak atasan.

Kesepuluh, Menteri Pendidikan wajar mempertimb­angkan saranan untuk melantik pensyarah kritis dan konstrukti­f sebagai pegawai khas menteri di universiti itu sendiri tanpa elaun untuk mendapatka­n pandangan kedua di samping pandangan pertama daripada pihak pengurusan universiti mengenai pelbagai isu dan persoalan dalaman universiti, menerusi pendekatan semak-silang.

Dalam pada itu, dimansuhka­n konsep simplistik iaitu pelajar adalah pelanggan (Piagam Pelanggan) dan ditukarkan kepada Piagam Amanah kerana pelajar dan semua orang yang berurusan dengan perkhidmat­an awam adalah amanah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia