Berita Harian

Menulis cerpen dengan mata hati, mata fikir

-

Jitra: Buku Antologi Cerpen Himpunan Karya Penulis Baharu bertajuk Ketika Samudera Kupintal dilancarka­n pada Seminar Penyelidik­an Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan (SEDAR’18) di Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman (IPGKDA), di sini baru-baru ini.

Ketua Editornya, Bainah Mustafa, berkata buku yang diterbitka­n oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) Press itu adalah hasil sentuhan 14 penulis yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pendidik, pesara dan pegawai.

Beliau berkata, himpunan cerpen yang ditulis oleh penulis baharu yang pertama kali pertama menceburi penulisan kreatif selepas mengikuti Bengkel Penulisan Cerpen berkonsepk­an penulisan cerpen cepat terbit anjuran UUM Press dengan kerjasama IPGKDA di UUM pada tahun lalu.

“Tema Ketika Samudera Kupintal dipilih untuk mengajak masyarakat hari ini meninjau dan menoleh ke arah segelintir golongan masyarakat laut yang masih dihimpit kemiskinan, namun mereka tetap gigih mencari rezeki halal dan mengejar cita-cita dengan cara dan gaya tersendiri.

Kurang berkemampu­an

“Kita diminta untuk sedar mengenai kehadiran insan kurang berkemampu­an yang menumpang di sudut dunia, usah kita yang sempurna sifat mengkhiana­ti mereka,” katanya.

Buku setebal 252 muka surat memaparkan cerpen antaranya Menyulam Cinta Bayu, Sahabat Syurga, Kasih Tak Terucap, Hujan Di Tengah Hari, Dalam Cinta Ada Duri, Doa Nasuha, Aku Ingin Bahagia, Gelora Yang Sementara dan Keinsafan.

Sementara itu, pensyarah UUM, Dr Nor Hasimah Ismail, berkata dengan menulis cerpen, seseorang itu dapat menyebarka­n idea sekali gus menjadi medium dakwah yang memberi pengajaran untuk dibaca oleh khalayak.

“Tulis secara halus tetapi menyentuh perasaan, apabila menulis dengan ikhlas perkara yang kita zahirkan akan nampak tersusun indah, sampai ke hati dengan mesej yang penuh makna tetapi jangan sesekali menulis dengan paksaan.

“Menulis dengan mata hati dan mata fikir melalui imaginasi yang mengandung­i pemikiran walaupun sesuatu peristiwa berlaku sedetik sahaja namun boleh dipindahka­n dalam bentuk penulisan,” katanya.

 ??  ?? Bainah (tiga dari kiri) bersama cerpenis ketika majlis pelancaran Buku Antologi Cerpen Ketika Samudera Kupintal di IPGKDA, Jitra, baru-baru ini.
Bainah (tiga dari kiri) bersama cerpenis ketika majlis pelancaran Buku Antologi Cerpen Ketika Samudera Kupintal di IPGKDA, Jitra, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia