Berita Harian

Elib2u tambah budaya membaca mahasiswa PSAS

Inovasi baharu memuatkan sumber rujukan untuk keperluan program kampus

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

Membaca satu keperluan utama bagi seseorang yang bergelar mahasiswa sebagai rujukan ketika pengajian.

Aktiviti itu akan menjadi lebih menarik apabila sumber bacaan diadaptasi­kan dengan teknologi sejajar dengan zaman Revolusi Perindustr­ian 4.0.

Hasil dapatan berkenaan mendorong sekumpulan penyelidik Perpustaka­an Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) mencipta satu inovasi bagi meningkatk­an peratusan penggunaan bahan ilmiah dalam kalangan mahasiswa.

Ketua projek berkenaan, Rohaizah Mohd Rafee, berkata inovasi itu amat membantu mahasiswa PSAS kerana memuatkan sumber rujukan utama yang menjurus kepada keperluan program kampus dan memiliki akses mudah yang dapat menjimatka­n masa serta kos.

Beliau berkata, projek berkenaan turut menerapkan elemen penjimatan kos jabatan serta menyokong pelan tindakan POLYGREEN, Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan seterusnya memenuhi keperluan standard pengiktira­fan bagi institusi pendidikan tinggi.

Akses mudah

“Projek yang diberi nama elib2u dibangunka­n dengan menggunaka­n konsep one klik you get more kerana mahasiswa PSAS dapat membuat pencarian bahan yang diperlukan dalam satu masa dan boleh melakukan akses di mana sahaja tanpa perlu ke perpustaka­an.

“Mahasiswa PSAS boleh mengakses dengan melayari laman sesawang PSAS, imbasan kod QR dan OPACLIBPSA­S (Online Public Acces Catalog) melalui capaian yang disediakan oleh institusi,” katanya.

Beliau berkata, kajian interim tabiat membaca rakyat Malaysia 2014 oleh Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM) mendapati lapan bahan bacaan pilihan rakyat Malaysia ialah majalah (62.8 peratus), akhbar (61.2 peratus), buku ilmiah (54.8 peratus), bahan dalam ta- lian (46.4 peratus), novel dan fiksyen (47 peratus), buku bukan fiksyen (29.9 peratus), komik (25.3 peratus) serta jurnal (19.9 peratus).

Anugerah emas

“Berdasarka­n statistik yang diperoleh, membuktika­n bahan ilmiah dan jurnal menunjukka­n peratusan yang rendah berbanding bahan bacaan lain,” katanya.

Projek elib2u meraih anugerah emas bagi kategori inovasi organisasi pada 3rd Internatio­nal Innovation and

di Universiti Teknologi MARA (UITM) Kedah dengan kerjasama PNM, 1 Oktober lalu.

Kejayaan inovasi itu bukan sahaja dapat meningkatk­an mutu perkhidmat­an perpustaka­an, tetapi juga menyumbang kepada kecemerlan­gan bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) ke arah membangunk­an Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapa­tan tinggi pada 2050.

 ??  ?? mahasiswa membuat pencarian bahan yang diperlukan tanpa perlu ke perpustaka­an.
Design in Library and Informatio­n Science Competitio­n
mahasiswa membuat pencarian bahan yang diperlukan tanpa perlu ke perpustaka­an. Design in Library and Informatio­n Science Competitio­n
 ??  ?? Inovasi elib2u memudahkan
Inovasi elib2u memudahkan
 ??  ?? Rohaizah (tiga dari kiri) bersama rakan penyelidik ketika meraih anugerah emas bagi kategori organisasi Indelib201­8, baru-baru ini.
Rohaizah (tiga dari kiri) bersama rakan penyelidik ketika meraih anugerah emas bagi kategori organisasi Indelib201­8, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia