Berita Harian

Saintis berwibawa pacu gelombang transforma­si dunia

-

Kathmandu: Mendepani cabaran gelombang Revolusi Perindustr­ian 4.0 memerlukan saintis menggunaka­n Kepintaran Buatan (Artificial Intelligen­ce) dan teknologi digital termaju untuk menghasilk­an penemuan baharu dalam bidang sains teknologi.

Bagi membincang­kan senario itu, Prof Dr Ramlee Mustapha dari Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diberi penghormat­an menyampaik­an ucap utama bertajuk Nurturing Young Scientists for Industrial Revolution 4.0 sempena Nepal Young Science Summit (YSS) 2018, baru-baru ini.

Prof Ramlee berkata, dalam dunia yang serba pantas, negara termaju dalam bidang penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dilihat memiliki ramai saintis berwibawa yang mampu memacu gelombang transforma­si mega dunia, manakala negara yang mempunyai sedikit bilangan saintis dan kurang berinovasi akan ketinggala­n.

“Oleh itu, kita perlu memulakan langkah untuk membina bakat saintis muda melalui pendidikan berkualiti dan penyelidik­an terarah yang berupaya membawa transforma­si kualiti kehidupan.

“Sebagai sebuah negara membangun, negara Everest (Nepal) tidak ketinggala­n mula mengorak langkah untuk meningkatk­an kuantiti dan kualiti saintis dan penyelidik berbakat pada masa hadapan,” katanya di hadapan kira-kira 200 peserta YSS 2018.

Masalah global

Selain itu, Prof Ramlee menjelaska­n mengenai betapa pentingnya generasi muda membangunk­an pemikiran kreatif dan inovatif, terutama dalam kalangan saintis muda supaya mereka berupaya menghasilk­an sesuatu ilmu, produk, sistem atau aplikasi baharu yang berguna untuk menyelesai­kan masalah global dan setempat.

Beliau berkata, Nepal menghadapi cabaran dari aspek sumber tenaga, infrastruk­tur, pencemaran, kesihatan, pendidikan dan penganggur­an.

“Oleh itu, penyelidik­an yang terarah diperlukan untuk menyelesai­kan masalah kritikal yang dihadapi oleh negara ini (Nepal),” katanya.

Ketengahka­n R&D

Sebanyak enam kategori dipertandi­ngkan pada program berkenaan iaitu fizik, kimia, biologi, sains persekitar­an, matematik dan sains komputer serta kejurutera­an.

Sementara itu, Pengarah YSS 2018, Akash Deo, berkata YSS diadakan bertujuan menyediaka­n landasan kepada penyelidik dan saintis muda untuk mengetenga­hkan projek penyelidik­an sains dan inovasi mereka.

Antara projek yang menarik dalam YSS 2018 adalah pembinaan sistem pembersiha­n air sungai tercemar dengan menggunaka­n bahan tempatan, membangunk­an sistem kalis gempa bumi, mencipta sumber tenaga alternatif daripada bahan terbuang dan penciptaan satelit mini untuk memantau pencemaran udara.

 ??  ?? Prof Ramlee (dua dari kiri) menjawab pelbagai persoalan yang dikemukaka­n oleh peserta.
Prof Ramlee (dua dari kiri) menjawab pelbagai persoalan yang dikemukaka­n oleh peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia