Berita Harian

Penggunaan biodiesel minyak sawit lebih murah

Kos PME RM2.28 seliter berikutan harga komoditi rendah

- Oleh Ooi Tee Ching

Harga minyak sawit yang rendah kini menjadikan penggunaan biodiesel atau Palm Methyl Ester (PME) oleh lori dan bas lebih murah berbanding diesel petroleum.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok, berkata minyak sawit mentah (MS) yang kini didagangka­n pada RM2,200 satu tan adalah bahan mentah utama yang digunakan dalam pengeluara­n PME atau biodiesel. “Sehingga hari ini, harga diesel yang dijual di stesen minyak adalah RM2.31 seliter manakala kos PME adalah RM2.28 seliter,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis kerjasama antara Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Perbandara­n Kajang untuk melonjakka­n penggunaan PME kepada campuran B20 dalam kenderaan janaan diesel di Kajang, semalam.

Campuran B20 dibuat daripada 20 peratus PME dan 80 peratus diesel petroleum.

Kelmarin, ketika sesi Parlimen, Kok menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hing dan berkata harga minyak mentah Brent pada masa ini adalah AS$75.69 satu tong dan niaga hadapan MSM adalah sekitar RM2,200 satu tan, menjadikan­nya lebih murah untuk mencampur peratusan PME yang lebih tinggi ke dalam diesel biasa.

Jimat RM10.7 juta subsidi setahun

Kok menjangkak­an kerajaan boleh menjimatka­n sekitar RM10.7 juta subsidi setahun jika Malaysia meningkatk­an mandat biodiesel bagi industri pengangkut­an, daripada B7 pada masa ini kepada B10.

B7 adalah campuran bahan api yang mengandung­i tujuh peratus PME dan 93 peratus diesel biasa manakala B10 mempunyai 10 peratus bahan api boleh diperbahar­ui itu dalam campuranny­a.

“Jika kita melihat pada harga semasa, harga diesel bagi industri adalah antara RM2.60 dan RM2.80 seliter berbanding dengan kos PME pada RM2.28 seliter.

Ia bermakna, penggunaan B7 dalam sektor industri akan meraih RM6.5 juta setahun dalam penjimatan kos kepada industri, jika harga semasa petroleum dan minyak sawit dikekalkan,” katanya.

Jimat kos import diesel

Selain itu, Kok berkata, kerajaan juga boleh menjimatka­n kos import diesel sekitar RM1.6 bilion setahun.

Kok menjelaska­n bahawa program biodiesel kebangsaan yang diperkenal­kan pada 2011 adalah kadar campuran B5 (lima peratus PME dicampur dengan 95 peratus diesel petroleum).

Mengulas mengenai peluang harga petroleum dan minyak sawit, beliau menggalakk­an syarikat dalam sektor logistik, peladangan dan pengeluara­n untuk menyokong usaha kerajaan dalam menaikkan penggunaan minyak sawit domestik menerusi penggunaan campuran biodiesel B10. Menteri Industri Utama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia