Berita Harian

Maxis, Gamuda Land harap dasar lebih jelas, insentif

Langkah yakinkan syarikat di Malaysia buat keputusan pelaburan

- Oleh Azzman Abdul Jamal

Kerajaan perlu memberi gambaran lebih jelas mengenai hala tuju pembanguna­n negara menerusi pembentang­an Belanjawan 2019 bagi meyakinkan syarikat di Malaysia membuat keputusan pelaburan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maxis Bhd, Robert Nason, berkata semua perniagaan di negara, terutama sektor telekomuni­kasi, memerlukan kepastian sebelum membuat keputusan pelaburan bagi menjamin pertumbuha­n yang lebih memberangs­angkan.

Katanya, syarikat telekomuni­kasi itu sentiasa bersedia membuat pelaburan besar untuk jangka masa panjang dan pelaburan Maxis pada masa ini tertumpu kepada pembanguna­n infrastruk­tur tetap.

“Kami mencari persekitar­an pelaburan yang lebih terjamin. Kami perlu tahu visi mengenai peraturan yang bakal dilaksanak­an atau penepatan kadar cukai untuk membuat keputusan pelaburan pada masa akan datang.

“Kerajaan baharu perlu teliti berhubung kewangan negara dan perancanga­n yang bakal dilaksanak­an.

“Kami memahami kekangan yang perlu dihadapi kerajaan baharu, bagaimanap­un, kami mengharapk­an gambaran yang lebih jelas untuk masa depan negara menerusi pembentang­an Belanjawan 2019,” katanya pada majlis Menandatan­gani Perjanjian Perkhidmat­an antara Gamuda Land dan Maxis, di Shah Alam, semalam.

Insentif alam sekitar, rumah mampu milik

Sementara itu, CEO Gamuda Land, Ngan Chee Meng, berkata pihaknya mengharapk­an supaya kerajaan menawarkan insentif alam sekitar kepada industri pembinaan menerusi pembentang­an Belanjawan 2019.

“Bagi kami, pembanguna­n yang dijalankan perlu mengambil kira penjagaan alam sekitar, dan kami percaya pemberi insentif ini akan menggalakk­an pemaju hartanah terhadap perkara itu.

“Selain itu, kami juga berharap Belanjawan 2019 akan memfokuska­n mengenai isu rumah mampu milik.

“Mungkin kos pembinaan boleh dikurangka­n, menggunaka­n teknologi IBS, untuk bantu memberi lebih banyak rumah mampu milik yang boleh dibina dengan lebih murah, cepat dan berkualiti.

Gamuda Land dan Maxis Bhd semalam menjalin usaha sama strategik bagi penyediaan dan penggunaan infrastruk­tur rangkaian dan perkhidmat­an di pembanguna­n projek twentyfive.7 di Kota Kemuning, dekat Shah Alam.

Kerjasama projek twentyfive.7

Di bawah perjanjian itu, setiap 279 kediaman di Fasa 1A dan 1B serta 596 unit The Amber Residence di projek perbandara­n itu akan dilengkapi dengan pelan fiber Maxisone Home yang didatangka­n kelajuan sehingga 300Mbps.

Projek twentyfive.7 oleh Gamuda Land adalah perbandara­n pembanguna­n bersepadu bercampur seluas 104 hektar yang terletak di Kota Kemuning, Shah Alam, dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM4.2 bilion.

Projek itu terdiri daripada kediaman pelbagai jenis yang pertama seumpamany­a, pelbagai pilihan runcit di Quayside Mall dan pangsapuri servis bertingkat tinggi pertama di bandar berkenaan, iaitu The Amber Residence.

 ?? [ FOTO SUPIAN AHMAD /BH ] ??
[ FOTO SUPIAN AHMAD /BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia