Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak mentah menokok buat pertama kalinya dalam tiga hari semalam, tetapi peningkata­n bekalan dan kebimbanga­n mengenai unjuran permintaan di tengahteng­ah perang dagangan China dan Amerika Syarikat (AS) terus memberi tekanan kepada pasaran.

Niaga hadapan Brent meningkat 49 sen atau 0.7 pe ratus kepada AS$76.40 satu tong. Ia susut 1.8 peratus pada Selasa, pada satu masa mencecah paras terendah sejak 24 Ogos lalu, iaitu AS$75.09 satu tong.

Niaga hadapan AS West Texas Intermedia­te (WTI) menokok 28 sen, atau 0.4 peratus kepada AS$66.46 satu tong semalam.

Ia susut 1.3 peratus pada hari sebelumnya selepas mencecah paras terendah sejak 17 Ogos lalu iaitu AS$65.33 satu tong.

Keduadua penanda aras minyak mentah itu susut sekitar AS$10 satu tong dari pada paras tertinggi empat tahun lalu pada minggu pertama Oktober dan kini dalam landasan untuk mencatat prestasi bulanan terburuk sejak Julai 2016.

Pengurus Risiko Minyak di Mitsubishi Corp. Tokyo, Tony Nunan, berkata semua pihak menjangka minyak akan mencecah AS$90 satu tong tetapi ia menuju ke paras AS$60 satu tong.

Minyak mentah terperangk­ap dalam kemerosota­n pasaran kewangan bulan ini dengan ekuiti berada di bawah tekanan daripada pertikaian membabitka­n dua kuasa ekonomi terbesar dunia.

Isnin lalu, Presiden AS, Donald Trump, berkata beliau berpendapa­t akan wujudnya perjanjian hebat dengan China mengenai dagangan tetapi memberi amaran bahawa beliau masih akan mengenakan cukai baharu kepada China jika perjanjian berkenaan tidak berjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia