Berita Harian

FBM KLCI menokok 23.33 mata

Pemulihan dalam pasaran AS pacu bursa tempatan

-

sepanjang hari.

Keadaan pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 716 berbanding 196, manakala 305 tidak berubah, 679 tidak diniagakan dan 87 kaunter lagi digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.33 bilion unit bernilai RM2.37 bilion berbanding 1.95 bilion unit bernilai RM1.59 bilion pada Selasa.

Maybank naik 15 sen

Maybank IB Research dalam satu nota semalam berkata, berikutan pemulihan dalam pasaran AS semalaman, firma penyelidik­an itu menjangka FBM KLCI akan terus mencatat kenaikan.

„Dagangan akan memberi tumpuan kepada pengekspor­t kerana ringgit terus menyusut berbanding dolar,“katanya.

Sementara itu, Maybank IB Research secara teknikalny­a tepat dengan jangkaan bahawa FBM KLCI berada pada paras 1,710 semalam.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 15 sen kepada RM9.49, Public Bank menambah enam sen kepada RM24.60, Tenaga untung 40 sen kepada RM14.70, CIMB menokok 14 sen kepada RM5.72, manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM9. 35.

Antara kaunter aktif, Seacera naik 2.5 sen kepada 23.5 sen, Sapura Energy meningkat dua sen kepada 34 sen, Hibiscus untung 10 sen kepada RM1.12, Datasonic menokok satu sen kepada 36 sen dan Nova MSC menambah 1.5 sen kepada 13.5 sen.

Indeks Emas FBM naik 195.41 mata kepada 11,770.04, Indeks Syariah Emas FBM meningkat 219.05 mata kepada 11,771.78 manakala Indeks FBM Ace menambah 140.22 mata kepada 4,852.55.

Indeks FBMT 100 menokok 187.19 mata kepada 11,624.27 dan FBM 70 melonjak 328.4 mata kepada 13,491.35.

Dari segi sektor, Indeks Perladanga­n naik 67.41 mata kepada 7,359.21, Perkhidmat­an Kewangan meningkat 208.58 mata kepada 17,249.67 dan Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian mengukuh 2.22 kepada 170.64.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.54 bilion saham bernilai RM2.2 bilion berbanding 1.33 bilion saham bernilai RM1.44 bilion yang dicatatkan pada Selasa.

Jumlah dagangan waran naik kepada 431.83 juta unit bernilai RM104.6 juta berbanding 387.13 juta unit bernilai RM103.1 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 357.03 juta saham bernilai RM65.93 juta berbanding 240.34 juta saham bernilai RM38.91 juta yang dicatatkan pada Isnin.

Produk dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 190.81 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmat­an industri (301.95 juta), pembinaan (70.6 juta), teknologi (308.01 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (53.56 juta), hartanah (101.66 juta), perladanga­n (24.22 juta), REIT (12.56 juta), tertutup/dana (32,100), tenaga (307.68 juta), penjagaan kesihatan (29.52 juta), telekomuni­kasi dan media (64.12 juta), pengangkut­an dan logistik (41.46 juta) dan utiliti (37.01 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia