Berita Harian

Lagi penyeludup dadah Malaysia ditahan

-

Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga Malaysia berdepan hukuman mati selepas ditahan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaa­n Singapura (ICA) kerana cuba menyeludup pelbagai jenis dadah dianggarka­n bernilai lebih RM700,000 ke negara itu, kelmarin.

Cubaan suspek berusia 37 tahun itu tidak berjaya selepas pegawai ICA menemukan beberapa bungkusan hitam berbalut dalam kereta dipandunya ketika cuba masuk ke negara itu melalui Pusat Pemeriksaa­n Woodlands, kira-kira jam 1.55 tengah hari.

ICA dalam satu kenyataan, semalam, pasukan Biro Narkotik Pusat (CNB) Woodlands yang dimaklumka­n perkara itu membuat pemeriksaa­n lanjut dan mendapati bungkusan itu mengandung­i 2.95 kilogram (kg) ganja, 2.38kg heroin serta 546 gram ‘ice’ atau syabu.

“Dadah berkenaan dibungkus dalam beberapa bungkusan berasingan dan disorok di beberapa bahagian kenderaan dipandunya antaranya ruang penyejuk udara, di dalam sarung tempat duduk serta tempat duduk belakang.

Seludup dadah terkawal

“Jumlah keseluruha­n rampasan dianggarka­n bernilai SGD256,000 (RM773,043),” kata kenyataan itu.

Katanya lagi, suspek kini ditahan atas kesalahan cuba menyeludup masuk dadah terkawal dan siasatan masih diteruskan.

Suspek berkemungk­inan berhadapan hukuman mati kerana Akta Penyalahgu­naan Dadah Singapura memperuntu­kkan hukuman itu kepada mereka yang dibuktikan bersalah menyeludup dadah terkawal melebihi 500 gram untuk ganja, 15 gram heroin dan syabu melebihi 250 gram.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia