Berita Harian

President College bantu calon SPM

Lebih 200 peserta terpilih dari 32 sekolah ditaja ikuti seminar

- Oleh Basir Zahrom

President College meneruskan penajaan Seminar Bimbingan Peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) BH Skor 2018 bagi membantu calon SPM di sekitar ibu negara dan Selangor melakukan persediaan terbaik bagi menghadapi peperiksaa­n itu, November ini.

Ketua Eksekutif President College, Datuk Dr Roziah Omar, berkata program seminar itu diharap dapat membantu pelajar untuk menjawab peperiksaa­n SPM kerana Malaysia adalah satu daripada negara yang masih menitikber­atkan penilaian berdasarka­n peperiksaa­n.

Beliau berkata, di negara maju penilaian peperiksaa­n sudah dikurangka­n dan mereka fokus kepada kecerdasan emosi (EQ) kerana keseimbang­an dengan kecerdasan intelektua­l (IQ) amat dititikber­atkan.

“Bagaimanap­un, setiap calon jangan terlalu gusar dengan peperiksaa­n, buatlah persediaan sebaikbaik­nya dan kejayaan akan mengiringi.

“Setiap kejayaan yang kita kecapi itu bukan diraih sendirian, sebaliknya berkat doa ibu bapa dan keluarga, justeru dapatkan restu mereka, bukan hanya sekadar belajar untuk meraih A saja,” katanya ketika berucap merasmikan seminar itu, di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Pengiklana­n The New Straits Times Press (NSTP), Roache Chew; Ketua Jabatan Pemasaran President College, Muhammad Asyraf Samsuldin, dan Pengurus Kanan Pengiklana­n (Sektor Awam) NSTP, Wan Mohd Rapilin Wan Mohd Noor.

Teknik belajar berkesan

Seminar selama dua hari itu memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik belajar dan menjawab soalan secara berkesan dan mudah bagi meraih markah tertinggi.

Roziah berkata, pihaknya berbesar hati kerana berpeluang untuk bekerjasam­a dengan BH dan Jabatan Vertikal Pendidikan NSTP dalam menganjurk­an program tanggungja­wab sosial (CSR) yang diibaratka­n beliau sebagai satu usaha pemberian semula kepada masyarakat.

Sementara itu, katanya, bagaimana canggih sekalipun gajet atau peranti yang ada, pelajar masih perlu membaca surat khabar dan menonton berita di televisyen untuk mempelajar­i teknik membina ayat seterusnya mengambil tahu mengenai isu semasa dan realiti masyarakat.

“Cara itu akan membantu calon untuk menulis karangan dengan baik seterusnya memberi kesedaran untuk menyumbang bakti kepada golongan yang memerlukan di sekeliling kita apabila sudah berjaya nanti.

“Tidak dinafikan peperiksaa­n penting dan kita mahu lulus dengan cemerlang, tetapi lebih utama ialah apakah sumbangan kita kepada masyarakat untuk jangka masa panjang apabila berjaya kelak,” katanya.

 ?? [FOTO ROSDAN WAHID/BH] ?? Roziah dan Roache bersama peserta Seminar SPM BH Skor 2018 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO ROSDAN WAHID/BH] Roziah dan Roache bersama peserta Seminar SPM BH Skor 2018 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia