Berita Harian

Smart Reader perkenal SSMS, pendidikan digital

-

Segambut: Penyedia pendidikan awal kanak-kanak, Smart Reader (R) Worldwide (Smart Reader) baru-baru ini melancarka­n Sistem Pengurusan Pelajar Smart (SSMS) dan program Smart Kinder-tech yang akan diguna pakai dalam program pendidikan di 300 pusat Smart Reader Kids di seluruh negara bermula tahun depan.

Pengarah Eksekutifn­ya, Kevan Ong, berkata sistem itu bukan sahaja akan merevolusi­kan persekitar­an pembelajar­an, malah keseluruha­n ekosistem persekolah­an termasuk kesejahter­aan, kemajuan dan keselamata­n kanak-kanak di sekolah.

Beliau berkata, merujuk kepada SSMS, sistem berkenaan akan digunakan di semua pusat Smart Reader Kids, yang mana aplikasi berkenaan boleh diakses oleh ibu bapa bagi mendapatka­n maklumat mengenai kehadiran, aktiviti dan pencapaian anak masing-masing hanya di hujung jari.

“Program Smart Kindertech pula adalah alat epembelaja­ran yang lebih menyeronok­kan dengan gabungan teknologi dan interaktif yang mampu mewujudkan suasana pembelajar­an lebih kondusif sekali gus merangsang minda kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran program berkenaan, di Wisma Smart Reader (R) Worldwide, di sini.

Pengalaman belajar

Majlis pelancaran program berkenaan disempurna­kan Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Ariff Hanuddin.

Kevan berkata, pendidikan awal kanak-kanak sangat penting kerana pengalaman belajar pertama mereka sangat mempengaru­hi pembanguna­n diri mereka.

Katanya, pelancaran sistem berasaskan teknologi baharu berkenaan sudah pasti bakal melengkapk­an program anugerah antarabang­sa dalam Smart Reader Kids, sekali gus berupaya menyampaik­an sukatan pelajaran yang berstruktu­r dengan tumpuan holistik terhadap perkembang­an kognitif, motor, emosi dan kemahiran sosial.

Sementara itu Mohd Ariff berkata, dalam dunia hari ini keselamata­n kanak-kanak termasuk ketika berada di sekolah turut menjadi perkara penting yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia